Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PENDAFTARAN PEMBEKAL) 2023
Seksyen 9
(1)
Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, menggantung atau membatalkan mana-mana sijil pendaftaran yang dikeluarkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini jika—
(a)
pembekal tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau perundangan subsidiarinya;
(b)
pembekal tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh
Suruhanjaya menurut perenggan 5(4)(a);
(c)
Suruhanjaya menerima dan mengesahkan apa-apa aduan mengenai pembekal, pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan oleh pembekal;
(d)
Suruhanjaya berpuas hati bahawa sijil pendaftaran diperoleh secara fraud, salah atau tidak sah;
P.U. (A) 390 6
(e)
apa-apa maklumat atau dokumen, sijil pemasangan, peranti atau kelengkapan, atau laporan penilaian pematuhan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya mengandungi kesilapan;
(f)
sijil pemasangan, peranti atau kelengkapan telah digantung atau dibatalkan oleh badan pensijilan;
(g)
laporan penilaian pematuhan telah digantung atau dibatalkan oleh badan penilai;
(h)
pembekal telah berhenti menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran;
(i)
seorang penerima, penerima dan pengurus, pelikuidasi sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik mengenai keseluruhan atau sebahagian besar aset pembekal dan pelantikan tersebut tidak dibatalkan atau dirungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu;
(j)
pembekal diisytiharkan sebagai bankrap; atau
(k)
telah berlaku apa-apa tindakan atau keingkaran pada pihak pembekal atau terdapat perubahan dalam hal keadaan sehingga pembekal tidak lagi layak untuk didaftarkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini.
(2)
Sebelum Suruhanjaya membuat keputusan di bawah subkaedah (4),
Suruhanjaya hendaklah memberikan—
(a)
suatu notis bertulis kepada pembekal mengenai niat Suruhanjaya untuk menggantung atau membatalkan sijil pendaftaran itu; dan
P.U. (A) 390 7
(b)
suatu peluang kepada pembekal untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis itu disampaikan kepada pembekal.
(3)
Suruhanjaya boleh, sementara menunggu keputusan berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan di bawah subkaedah (4), menghendaki pembekal memberhentikan sementara pembekalan pemasangan, peranti atau kelengkapan bermula dari tarikh pengeluaran notis di bawah perenggan (2)(a).
(4)
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah perenggan (2)(a), Suruhanjaya hendaklah, setelah menimbangkan penghujahan bertulis yang dikemukakan oleh pembekal, memutuskan sama ada untuk menggantung sijil pendaftaran itu bagi suatu tempoh yang difikirkannya patut, untuk membatalkan sijil pendaftaran itu atau untuk tidak mengambil apa-apa tindakan yang selanjutnya.
(5)
Keputusan Suruhanjaya di bawah subkaedah (4) dan apa-apa tempoh penggantungan, jika ada, hendaklah dimaklumkan kepada pembekal melalui notis secara bertulis.
(6)
Penggantungan atau pembatalan sijil pendaftaran itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subkaedah (5).
(7)
Jika sijil pendaftaran itu digantung, pembekal hendaklah sepanjang tempoh penggantungan itu—
(a)
berhenti membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan mulai tarikh penggantungan sijil pendaftaran itu; dan
(b)
mengalihkan atau menarik balik semua risalah, bahan dan iklan mengenai pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan oleh pembekal.
P.U. (A) 390 8
(8)
Jika sijil pendaftaran itu dibatalkan, pembekal hendaklah—
(a)
berhenti membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan mulai tarikh pembatalan sijil pendaftaran itu; dan
(b)
mengalihkan atau menarik balik semua risalah, bahan dan iklan mengenai pemasangan, peranti atau kelengkapan yang dibekalkan oleh pembekal dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pembatalan sijil pendaftaran itu.
(9)
Pembekal yang tidak mematuhi subkaedah (7) atau (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan boleh juga didenda tambahan tidak lebih daripada lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
(10)
Jika sijil pendaftaran digantung atau dibatalkan di bawah kaedah ini, pembekal tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa bentuk pampasan atau ganti rugi daripada Suruhanjaya yang berbangkit daripada penggantungan atau pembatalan sijil pendaftarannya.
Badan pensijilan