Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(1)
Orang yang kompeten hendaklah memberitahu Suruhanjaya apabila kerja-kerja pembetungan akan sedia untuk pemeriksaan pertengahan dalam Borang untuk pemeriksaan pertengahan.
(2)
Orang yang kompeten hendaklah menyelia pemeriksaan pertengahan kerja-kerja pembetungan dan memastikan bahawa kerja-kerja pembetungan mematuhi—
(a)
perancangan pembetungan dan reka bentuk yang diluluskan;
(b)
Garis Panduan;
(c)
Standard; dan
(d)
apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya atau mana-mana orang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh menyaksikan pemeriksaan pertengahan kerja-kerja pembetungan tersebut dan boleh mengeluarkan notis bertulis kepada orang yang kompeten dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh penerimaan Borang untuk pemeriksaan pertengahan bagi memberitahu orang yang kompeten untuk memperbaiki apa-apa ketidakpatuhan perancangan pembetungan dan reka bentuk yang diluluskan atau mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
(4)
Orang yang kompeten hendaklah apabila memperbaiki ketidakpatuhan tersebut, memberitahu secara bertulis kepada Suruhanjaya berhubung pembaikan tersebut.
21
(5)
Rekod pemeriksaan pertengahan dan apa-apa ujian lain yang diperlukan untuk kerja-kerja pembetungan hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh orang yang kompeten dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya setelah pemeriksaan pertengahan siap.
Notis pemeriksaan akhir