Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“arkitek” ertinya mana-mana orang yang berdaftar sebagai seorang arkitek di bawah undang-undang yang berkaitan dengan pendaftaran arkitek di Malaysia dan di bawah undang-undang itu dibenarkan untuk mengamal atau menjalankan perniagaan sebagai arkitek;
“Borang” ertinya borang yang berkaitan yang dinyatakan dalam Garis Panduan;
“Garis Panduan” ertinya Garis Panduan Industri Pembetungan Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya termasuk apa-apa pindaan padanya dari semasa ke semasa;
7
“jurutera” ertinya orang yang berdaftar sebagai jurutera profesional di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pendaftaran jurutera di Malaysia dan di bawah undang-undang itu dibenarkan untuk mengamal atau menjalankan perniagaan jurutera profesional;
“kerja-kerja pembetungan” ertinya—
(a)
apa-apa pembinaan, pemasangan, penaiktarafan, pembaikpulihan, pengubahan, pengubahsuaian, pemotongan, penempatan semula atau penutupan sistem pembetungan, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau sebahagiannya;
atau
(b)
pembinaan sambungan ke pembetung;
“kerja-kerja tangki septik”
ertinya apa-apa pembinaan, pemasangan, pembaikpulihan, pengubahan, pengubahsuaian, penyahtauliahan atau penempatan semula tangki septik atau sebahagiannya;
“orang yang kompeten”
ertinya seseorang yang berkelayakan untuk mengemukakan perancangan dan reka bentuk pembetungan, menyelia pembinaan, pemasangan, ujian dan pemeriksaan kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik sebagaimana yang dinyatakan dengan lebih khusus dalam Jadual 1;
“pelan pembangunan pembetungan” ertinya pelan terperinci yang mengandungi keperluan berkenaan dengan pembangunan dan pembaikan sistem pembetungan dan langkah-langkah untuk sistem pembetungan sedia ada yang disediakan oleh pemegang lesen dan diluluskan oleh Suruhanjaya;
“pelan tadahan pembetungan” ertinya pelan yang merumuskan polisi, strategi dan cadangan-cadangan am yang disediakan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi keperluan pembetungan bagi sesuatu kawasan;
8
“pelukis pelan bangunan berdaftar” bagi maksud Kaedah-Kaedah ini ertinya mana-mana pelukis pelan bangunan yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan;
“pemaju” ertinya mana-mana orang atau agensi kerajaan yang terlibat dalam atau melaksanakan atau menjalankan atau memberikan wang untuk membangunkan kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik;
“pemegang permit” ertinya mana-mana orang yang diberikan permit IPA Jenis B atau Jenis C di bawah Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Permit) 2007
[P.U. (A) 438/2007];
“perancang bandar” ertinya mana-mana orang yang berdaftar sebagai perancang bandar di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pendaftaran perancang bandar di Malaysia dan di bawah undang-undang itu dibenarkan untuk mengamal atau menjalankan perniagaan sebagai perancang bandar;
“perancangan pembetungan” ertinya laporan berserta pelan perincian lokasi, susun atur dan penyusunan kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik;
“PE” ertinya penduduk setara mengikut penduduk tetap bagi suatu penduduk yang pelbagai atau sementara untuk sisa domestik dari sektor termasuklah kediaman, komersial dan industri yang menyumbang aliran ke sistem pembetungan;
“prosedur perancangan” ertinya tatacara, polisi dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa berkaitan dengan perancangan sistem pembetungan atau tangki septik di mana-mana kawasan;
“reka bentuk” ertinya perincian reka bentuk, pelan, pengiraan, lukisan dan spesifikasi;
“Standard” ertinya apa-apa standard Malaysia, standard antarabangsa, spesifikasi dan kod amalan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya.
9