Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERJANJIAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR ANTARA PENGGUNA DENGAN PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN AIR) 2014

Seksyen 3

(1)

Mana-mana perjanjian yang dibuat antara pengguna dengan pemegang lesen pengagihan air bagi pembekalan air sebelum permulaan kuat kuasa

Kaedah-Kaedah ini, kemudian ini disebut sebagai “perjanjian sedia ada”, hendaklah terus berkuat kuasa.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), jika mana-mana peruntukan perjanjian sedia ada tidak selaras dengan peruntukan Akta dan Kaedah-Kaedah ini, peruntukan

Akta dan Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai.

3

(3)

Mana-mana peruntukan dalam

Kaedah-Kaedah ini yang tidak diperuntukkan dalam perjanjian sedia ada hendaklah disifatkan terpakai kepada pengguna dan pemegang lesen pengagihan air.