Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014
Seksyen 6
(1)
Tertakluk kepada kaedah 7, pemaju hendaklah bertanggungjawab bagi perancangan, reka bentuk, pembinaan dan pemasangan―
(a)
semua bahagian sistem retikulasi air luaran, kecuali meter daerah, bagi mana-mana kawasan pembangunan yang dibangunkan oleh pemaju itu; dan
P.U. (A) 36 18
(b)
sesalur utama bekalan yang dikehendaki untuk menyambung kawasan pembangunan itu kepada suatu sesalur utama awam sedia ada yang dikenal pasti oleh pemegang lesen pengagihan air sebagai suatu punca bekalan air untuk kawasan pembangunan itu.
(2)
Pemaju hendaklah memohon kepada pemegang lesen pengagihan air untuk mengenal pasti punca bekalan air bagi kawasan pembangunan itu dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.
(3)
Jika pemaju merancang, mereka bentuk, membina dan memasang sistem retikulasi air luaran yang akan disambungkan kepada sesalur utama awam, pemegang lesen pengagihan air boleh mengenakan pemaju bagi suatu sumbangan modal sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 16(1)(a) Peraturan-Peraturan
Industri
Perkhidmatan
Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air)
2014
[P.U. (A) 37/2014].
(4)
Walau apa pun subkaedah 1, pemaju tidak bertanggungjawab untuk membina takungan perkhidmatan dan sesalur utama bekalan di dalam kawasan pembangunan jika kawasan pembangunan itu akan disambungkan ke takungan perkhidmatan terpusat di bawah subkaedah 7(3).
Kewajipan pemegang lesen pengagihan air