Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) (PINDAAN) 2021
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan
Paip) 2014 [P.U. (A) 36/2014], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 2—
(a)
dengan menggantikan takrif “pemaju” dengan takrif yang berikut:
‘ “pemaju” ertinya mana-mana orang atau agensi kerajaan yang terlibat dalam atau melaksanakan atau menjalankan atau memberikan wang untuk membangunkan kerja-kerja berkaitan dengan sistem bekalan air;’; dan
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “stesen persampelan” takrif yang berikut:
3
‘ “takungan perkhidmatan” ertinya apa-apa takungan untuk menyimpan air terawat pada tekanan atmosfera, yang dibina atau akan dibina bagi maksud memberikan perkhidmatan ke suatu kawasan pembangunan;’.
Pindaan kaedah 7