Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) (PINDAAN) 2021

Seksyen 4

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 33 kaedah yang berikut:

“Kadar aliran kepala paip dan injap pencampur 33A. Seseorang yang memasang kepala paip dan injap pencampur hendaklah memastikan kadar aliran kepala paip dan injap pencampur itu tidak melebihi 8 liter per minit kecuali bagi—

4

(a)

aktiviti pembersihan yang memerlukan kadar aliran air yang lebih tinggi;

(b)

aktiviti siraman tanaman yang menggunakan hos dan memerlukan kadar aliran air yang lebih tinggi; dan

(c)

aktiviti cucian kenderaan di pusat cucian kereta.

Kadar aliran kepala paip mandian, injap pencampur mandian dan pancuran mandi 33B. Seseorang yang memasang kepala paip mandian, injap pencampur mandian dan pancuran mandi hendaklah memastikan kadar aliran kepala paip mandian, injap pencampur mandian dan pancuran mandi itu tidak melebihi 10 liter per minit.”.

Pindaan kaedah 65

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) (PINDAAN) 2021