Malaysia legislation

Section 13

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 13

Mesyuarat dipanggil oleh mahkamah

(1)

Apabila mahkamah memerintahkan suatu mesyuarat am pemiutang untuk dipanggil di bawah perenggan 5 Jadual A kepada Akta, mesyuarat itu hendaklah dipanggil sebagaimana diarahkan oleh mahkamah.

(2)

Pendaftar hendaklah menghantar suatu salinan perintah yang dimeterai kepada Ketua Pengarah Insolvensi yang hendaklah dalam masa tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat itu menghantar suatu salinan perintah itu kepada setiap pemiutang di alamat yang diberikan dalam buktinya atau apabila pemiutang belum membuktikan, alamat yang diberikan dalam senarai pemiutang oleh penghutang atau alamat lain sebagaimana yang boleh diketahui oleh Ketua Pengarah Insolvensi.

Salinan pejabat