Malaysia legislation

Section 159

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 159

Pada masa suatu komposisi atau skim diluluskan, mahkamah boleh membetulkan atau menggantikan apa-apa kesilapan atau peninggalan yang tidak disengajakan atau formal di dalamnya tetapi tiada perubahan isi kandungan pada komposisi atau skim boleh dibuat.

Tiada pembayaran bagi komposisi

Apabila suatu komposisi atau skim diterima oleh mahkamah dan keingkaran dibuat dalam mana-mana pembayarannya di bawah komposisi atau skim

65

oleh penghutang atau Ketua Pengarah Insolvensi sebagai pemegang amanah, tiada apa-apa tindakan untuk menguatkuasakan pembayaran itu boleh dibuat tetapi remedi bagi pemiutang atau Ketua Pengarah Insolvensi sebagai pemegang amanah hendaklah melalui permohonan kepada mahkamah.

(2)

Apabila terjadi keingkaran pembayaran apa-apa ansuran terakru disebabkan oleh komposisi atau skim, mahkamah dan bukannya membatalkan komposisi atau skim itu di bawah subseksyen 18(4) Akta boleh dengan serta-merta memasukkan penghakiman muktamad terhadap penghutang bagi jumlah ansuran itu dan Ketua Pengarah Insolvensi atau mana-mana pemiutang boleh mengambil prosiding di bawah Akta ke atas penghakiman muktamad itu.

(3)

Mana-mana pemiutang yang berkehendakkan Ketua Pengarah Insolvensi bagi memohon kepada mahkamah untuk menguatkuasakan peruntukan suatu komposisi atau skim hendaklah memberi cagaran sehingga memuaskan hati Ketua

Pengarah Insolvensi dalam apa-apa jumlah yang mencukupi untuk membayar kos yang mungkin bagi Ketua Pengarah Insolvensi dalam perkara itu.

Peletakhakan harta apabila komposisi dibatalkan

Dividen di bawah komposisi atau skim

66

Bukti hutang dalam komposisi

Tiap-tiap orang yang mengaku sebagai seorang pemiutang di bawah mana-mana komposisi atau skim perkiraan, yang belum membuktikan hutangnya sebelum komposisi atau skim itu diluluskan hendaklah menyerahkan buktinya kepada

Ketua Pengarah Insolvensi yang akan menerima atau menolak bukti itu.

(2)

Tiada pemiutang berhak menguatkuasakan pembayaran mana-mana bahagian jumlah yang kena dibayar di bawah suatu komposisi atau skim melainkan dan sehingga dia telah membuktikan hutang dan buktinya telah diterima.

Pernyataan hal ehwal

Pemeriksaan pernyataan hal ehwal 164.

(1)

Sebaik sahaja perintah kebankrapan dibuat, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah mengemukakan kepada bankrap dengan suatu salinan arahan untuk penyediaan pernyataan hal ehwalnya.

(2)

Pernyataan hal ehwalnya hendaklah dibuat salinan dan satu salinan hendaklah disahkan.

(3)

Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah juga memberikan bankrap dengan semua penjelasan yang diperlukan olehnya dalam penyediaan pernyataan tersebut.

(4)

Ketua Pengarah Insolvensi atau orang yang diwakilnya hendaklah memeriksa pernyataan hal ehwal bankrap bagi maksud menyiasat hal ehwalnya dan untuk menentukan sama ada estetnya hendaklah ditadbir di bawah seksyen 106 Akta.

(5)

Hendaklah menjadi kewajipan bankrap untuk menghadiri pada masa dan tempat sebagaimana yang Ketua Pengarah Insolvensi tetapkan untuk pemeriksaan.

(6)

Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah memfailkan ke mahkamah pernyataan hal ehwal yang telah disahkan yang dihantar olehnya kepada bankrap.

67

Pelanjutan masa untuk memfail

Penyelesaian senarai penghutang kepada estet

Penyampaian notis di bawah seksyen 32

Bukti hutang

Sumpah keterangan

Suatu afidavit mengenai bukti hutang boleh diangkat sumpah di hadapan mana-mana pegawai yang diberi kuasa mentadbirkan sumpah.

(2)

Seorang pemiutang yang merupakan seorang pemberi pinjaman wang yang berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] hendaklah menunjukkan bersama afidavit bukti hutang suatu pernyataan yang mematuhi peruntukan Akta 400 dan jika pernyataan itu tidak ditunjukkan tuntutan itu hendaklah ditolak.

Gaji pekerja

Dalam mana-mana hal yang terdapat daripada pernyataan hal ehwal bankrap bahawa terdapat tuntutan gaji daripada buruh atau pekerja dan orang lain yang digaji oleh bankrap, memadai jika satu bukti bagi kesemua tuntutan itu dibuat sama ada oleh bankrap atau oleh formennya atau oleh seorang lain bagi pihak kesemua pemiutang itu.

(2)

Bukti di bawah subkaedah (1) hendaklah dilampirkan menjadi sebahagian daripadanya suatu jadual menyatakan nama buruh atau pekerja dan orang lain dan jumlah wang yang kena dibayar kepada mereka masing-masing dan apa-apa bukti yang

68

dibuat menurut kaedah ini hendaklah berkuat kuasa sama seperti seolah-olah bukti berasingan telah dibuat tiap-tiap seorang daripada buruh atau pekerja dan orang lain yang tersebut.

Pengemukaan bil pertukaran dan nota janji

Masa untuk menyerahkan bukti

Bukti yang dimaksudkan untuk digunakan dalam mesyuarat yang ditangguhkan

Prosedur jika pemiutang merayu

Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah dalam masa empat belas hari selepas menerima notis daripada seorang pemiutang mengenai niatnya untuk merayu terhadap keputusan yang menolak bukti memfailkan bukti itu dengan Pendaftar bersama dengan suatu memorandum atasnya mengenai penolakannya itu.

(2)

Setelah rayuan itu didengar oleh mahkamah bukti itu kecuali ditolak sepenuhnya hendaklah dikembalikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

69

Masa untuk Ketua Pengarah Insolvensi menerima atau menolak bukti

Insolvensi hendaklah tidak melebihi daripada empat belas hari dari tarikh terakhir yang dinyatakan dalam notis mengenai niatnya untuk mengisytiharkan dividen sebagai masa yang dalamnya bukti itu mesti diserahkan hendaklah secara bertulis sama ada menerima atau menolak kesemua atau sebahagian tiap-tiap bukti yang diserahkan kepadanya atau memerlukan bukti lanjut bagi menyokongnya.

Notis penerimaan bukti

Rayuan dari penolakan bukti

Kos bagi rayuan dari keputusan tentang bukti

Hak milik harta yang dipertikaikan

Tuntutan terhadap harta dalam tangan Ketua Pengarah Insolvensi akan diputuskan secara terus dengan saman

Pengarah Insolvensi di bawah perintah kebankrapan, dan harta itu dituntut oleh mana-mana orang lain selain daripada bankrap, tuntutan itu bolehlah ditentukan oleh mahkamah secara terus atas suatu saman untuk memutuskan hak bagi harta itu yang akan diambil oleh pihak yang menuntut itu terhadap Ketua Pengarah Insolvensi atau oleh Ketua Pengarah Insolvensi terhadap pihak yang menuntut itu, dengan syarat

70

bahawa mahkamah sentiasa boleh, apabila saman itu didengarkan, membuat apa-apa perintah untuk perbicaraan dan pemutusan hak bagi pihak itu sebagaimana difikirkannya suai manfaat, dan bagi penjagaan atau penjualan sementara harta yang dipertikaikan itu, dan kos baginya.

Saman hendaklah dikeluarkan oleh Pendaftar

Apabila saman dikeluarkan prosiding terhadap Ketua Pengarah Insolvensi digantung

Dividen

Notis niat untuk mengisytiharkan dividen

Tidak lebih daripada dua bulan sebelum mengisytiharkan dividen,

Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah memberi notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dalam Warta dan pada masa yang sama kepada mana-mana pemiutang yang dinyatakan dalam pernyataan hal ehwal bankrap itu sebagai belum membuktikan hutang mereka dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh yang terkini yang bukti mesti diserahkan dan tarikh itu tidak boleh kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh notis itu.

(2)

Apabila mana-mana pemiutang selepas tarikh yang disebutkan dalam notis mengenai niat untuk mengisytiharkan dividen sebagai tarikh terkini apabila bukti boleh diserahkan merayu terhadap keputusan Ketua Pengarah Insolvensi menolak bukti suatu rayuan tertakluk kepada kuasa mahkamah melanjutkan masa dalam hal khas rayuan itu hendaklah dimulakan dan notis mengenainya diberi kepada Ketua

Pengarah Insolvensi dalam masa tujuh hari dari tarikh notis mengenai keputusan yang

71

terhadapnya rayuan itu dibuat dan dalam hal yang demikian Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah mengadakan peruntukan untuk dividen itu apabila bukti itu diterima dan untuk kos yang mungkin bagi rayuan itu sekiranya bukti itu diterima dan jika tiada apa-apa rayuan telah dimulakan dalam masa yang dinyatakan dalam kaedah ini Ketua

Pengarah Insolvensi hendaklah menyingkirkan segala bukti yang telah ditolak daripada mengambil bahagian dalam dividen ini.

(3)

Sebaik selepas habis tempoh masa yang ditetapkan oleh kaedah ini bagi merayu terhadap keputusan Ketua Pengarah Insolvensi itu, dia hendaklah meneruskan untuk mengisytiharkan dividen dan hendaklah memberi notis mengenainya dalam

Warta dan hendaklah juga menghantar suatu notis mengenai dividen kepada setiap pemiutang yang buktinya telah diterima.

(4)

Ketua Pengarah Insolvensi selepas mengisytiharkan dividen hendaklah menyediakan suatu senarai dividen mengandungi nama dan alamat pemiutang berserta jumlah bukti dan dividen yang satu salinan hendaklah dihantar kepada Pendaftar untuk difailkan dalam mahkamah bersama-sama prosiding kebankrapan dan jika Akaun Estet

Kebankrapan disimpan di Perbendaharaan satu salinan senarai dividen itu hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan bagi maksud membolehkan ia menyediakan cek, pembayaran elektronik atau dalam apa-apa cara lain bagi dividen itu.

(5)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah Insolvensi pengisytiharan dividen perlu ditangguh melebihi had dua bulan sebagaimana yang ditetapkan dan dia hendaklah memasukkan suatu notis baharu mengenai niatnya untuk mengisytiharkan dividen dalam Warta, tetapi tidaklah perlu memberi notis baharu kepada pemiutang yang disebutkan dalam pernyataan hal ehwal bankrap itu yang belum membuktikan hutang mereka dan dalam segala perkara lain prosedur yang sama hendaklah mengikuti notis baharu mengikuti notis asal.

Pengemukaan bil, nota, dsb.

72

yang mengenainya bukti telah dibuat hendaklah ditunjukkan kepada Ketua Pengarah

Insolvensi sebelum dividen dibayar atasnya dan jumlah dividen yang dibayar hendaklah disahkan dalam surat cara itu.

Pembayaran dividen

Pengarah Insolvensi daripada Akaun Estet Kebankrapan, yang Ketua Pengarah

Insolvensi hendaklah menguruskan supaya dihantar secara terus kepada pemiutang oleh Perbendaharaan.

Pelepasan oleh mahkamah

Permohonan pelepasan di bawah seksyen 33

Suatu permohonan oleh bankrap di bawah seksyen 33 Akta kepada mahkamah hendaklah disertai dengan perakuan daripada Ketua Pengarah Insolvensi menyatakan jumlah pemiutang yang diketahuinya sama ada telah membuktikan atau belum.

(2)

Pendaftar hendaklah tidak kurang daripada dua puluh lapan hari sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan memberi notis berkenaan masa dan tempat pendengaran permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

(3)

Pendaftar hendaklah menyiarkan notis itu dalam Warta dan Ketua

Pengarah Insolvensi hendaklah menghantar suatu salinan notis itu kepada setiap pemiutang yang telah membuktikan tidak kurang daripada empat belas hari sebelum hari yang ditetapkan itu.

Laporan Ketua Pengarah Insolvensi

Dalam setiap kes suatu permohonan oleh bankrap untuk pelepasannya, laporan Ketua Pengarah Insolvensi yang dibuat menurut seksyen 33 Akta hendaklah difailkan tidak kurang daripada tujuh hari sebelum masa yang ditetapkan untuk

73

pendengaran permohonan itu, dan suatu salinannya hendaklah dihantar kepada bankrap melalui pos berdaftar.

(2)

Apabila seorang bankrap berniat untuk mempertikaikan suatu pernyataan tentang kelakuan dan hal ehwalnya yang terkandung dalam laporan

Ketua Pengarah Insolvensi, dia hendaklah tidak kurang daripada tiga hari sebelum pendengaran permohonan untuk pelepasan memberi notis secara bertulis kepada

Ketua Pengarah Insolvensi menyatakan pernyataan dalam laporan yang dia berniat untuk pertikaikan dalam pendengaran itu.

(3)

Sekiranya seorang pemiutang yang telah membuktikan berniat untuk membantah pelepasan bankrap, dia hendaklah memberi notis mengenai bantahannya dengan menyatakan alasannya kepada Ketua Pengarah Insolvensi tidak kurang daripada tiga hari sebelum pendengaran permohonan itu.

Perintah bersyarat di bawah subseksyen 33(10)

Pelaksanaan atas penghakiman bagi pelepasan bersyarat

Suatu permohonan oleh Ketua Pengarah Insolvensi untuk kebenaran mengeluarkan pelaksanaan atas penghakiman di bawah subseksyen 33(10) Akta hendaklah secara bertulis dan hendaklah menyatakan dengan ringkasnya alasan permohonan itu dibuat dan apabila permohonan diserah simpan oleh mahkamah hendaklah menetapkan hari untuk pendengarannya.

(2)

Ketua

Pengarah Insolvensi hendaklah memberi notis mengenai permohonan itu kepada penghutang tidak kurang daripada lapan hari sebelum hari

74

yang ditetapkan bagi pendengarannya dan hendaklah pada masa yang sama memberi kepadanya suatu salinan permohonan itu.

Notis mengenai harta yang diperolehi kemudian kepada Ketua Pengarah

Insolvensi

Siasatan terhadap harta yang diperolehi kemudian

Apa-apa pernyataan mengenai harta atau pendapatan yang diperolehi kemudian yang difailkan oleh seorang bankrap yang pelepasannya telah diberikan tertakluk kepada syarat, hendaklah disahkan dengan afidavit, dan Ketua Pengarah

Insolvensi boleh menghendaki bankrap hadir di hadapan mahkamah untuk diperiksa atas sumpah berkenaan dengan pernyataan yang terkandung dalam afidavit itu, atau tentang gaji, pendapatan, hartanya yang diperolehi kemudian, atau urusannya.

(2)

Apabila seorang bankrap gagal memfailkan afidavit itu atau tidak hadir di hadapan mahkamah untuk pemeriksaan apabila dikehendaki berbuat demikian, atau tidak menjawab dengan betulnya segala soalan sebagaimana yang dikemukakan atau dibenar dikemukakan oleh mahkamah kepadanya, mahkamah boleh, atas permohonan

Ketua Pengarah Insolvensi membatalkan perintah pelepasan itu.

Kos bagi permohonan

75

Rayuan

Penyerahan perintah

Perakuan bagi pengalihan ketidaklayakan di bawah seksyen 36

Borang 95.

Pewartaan

Pelepasan bankrap melalui perakuan Ketua Pengarah Insolvensi

Notis niat untuk mengeluarkan perakuan di bawah seksyen 33A

Notis bantahan oleh pemiutang di bawah seksyen 33B

76

Permohonan oleh pemiutang untuk perintah di bawah subseksyen 33B(4)

Perakuan pelepasan di bawah seksyen 33A

Pemberitahuan pelepasan

Pendaftar secara bertulis.

Pelepasan automatik

Notis sumbangan sasaran

Notis pelepasan di bawah subseksyen 33C(3)

Tiap-tiap notis pelepasan bankrap daripada kebankrapan hendaklah sebagaimana dalam Borang

Section 159 — KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017 | mylaw.my