Malaysia legislation

Section 18

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 18

Perintah atas permohonan

(1)

Jika mana-mana pihak selain daripada pemohon terjejas oleh permohonan itu, tiada perintah boleh dibuat kecuali dengan persetujuan pihak itu, atau apabila bukti bahawa notis permohonan itu dan suatu salinan afidavit sokongan bagi permohonan itu telah disampaikan kepadanya.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), jika mahkamah berpuas hati bahawa kemudaratan yang serius yang mungkin berlaku akibat daripada kelengahan disebabkan oleh perjalanan mengikut cara biasa, mahkamah boleh membuat suatu perintah ex parte atas apa-apa terma seperti kos atau selainnya, dan tertakluk kepada aku janji itu, jika ada, sebagaimana difikirkan adil oleh mahkamah.

(3)

Mana-mana pihak yang terjejas oleh perintah yang dibuat secara ex parte boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu.

Penyampaian notis

Section 18 — KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017 | mylaw.my