Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya atau hal perkara menghendaki makna yang lain—
“bercetak” termasuklah bertaip;
“dimeterai” ertinya dimeterai dengan meterai mahkamah;
“Hakim” ertinya seorang Hakim Mahkamah Tinggi;
“mahkamah” termasuklah Pendaftar apabila menjalankan kuasa mahkamah menurut Akta atau Kaedah-Kaedah ini;
“Pegawai Penetapan” ertinya pegawai mahkamah yang kewajipannya ialah untuk menetapkan kos dalam prosiding kebankrapan;
17
“pemiutang” termasuklah sebuah perbadanan dan sebuah firma pemiutang dalam perkongsian;
“penghutang” termasuklah mana-mana penghutang yang tindakan dijalankan terhadapnya di bawah Akta, sama ada dihukum bankrap atau tidak, dan juga termasuklah sebuah firma penghutang dalam perkongsian;
“Syerif” ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya atau Pendaftar Mahkamah
Tinggi Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“skim” ertinya skim perkiraan menurut Akta.