Skip to content

Seksyen 34

Afidavit oleh beberapa deponen

of Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017

P.U. (A)In forceProvision 34 of 99
Seksyen 34

Jika suatu afidavit dibuat oleh dua atau lebih deponen, nama orang yang membuat afidavit itu hendaklah dimasukkan dalam jurat kecuali bahawa, jika afidavit itu diangkat sumpah oleh kedua-dua atau semua deponen dalam satu masa di hadapan orang yang sama, memadailah untuk menyatakan bahawa afidavit itu diangkat sumpah oleh kedua-dua (atau semua) deponen “yang tersebut namanya di atas”.