Malaysia legislation

Section 37

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 37

Melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya, tiada afidavit hendaklah dibaca atau diguna dalam mana-mana prosiding jika terdapat apa-apa tulisan antara garis, pengubahan atau pemadaman dalam kandungan afidavit atau jurat itu, melainkan orang yang di hadapannya afidavit itu telah diangkat sumpah telah menandatangan ringkas tulisan antara garis atau pengubahan itu, dan dalam hal pemadaman yang telah ditulis semula dan ditandatangani atau ditandatangan ringkas di birai afidavit itu apa-apa perkataan atau angka yang tertulis di tempat pemadaman itu.