Malaysia legislation

Section 38

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 38

Afidavit oleh orang buta huruf atau orang buta

(1)

Jika ternyata kepada orang yang memberikan sumpah itu bahawa deponen itu buta huruf atau buta, dia hendaklah memperakukan dalam jurat bahawa—

(a)

afidavit itu telah dibacakan dan diterjemahkan di hadapan deponen itu oleh seorang jurubahasa yang mengangkat sumpah;

(b)

deponen kelihatan memahami afidavit dengan sempurna; dan

(c)

deponen itu menandatangani atau membuat suatu tanda dalam afidavit di hadapan orang yang memberikan sumpah itu.

(2)

Tiada afidavit di bawah kaedah ini boleh digunakan sebagai keterangan tanpa perakuan di bawah subkaedah (1), melainkan jika mahkamah selainnya berpuas

26

hati bahawa afidavit itu telah dibacakan kepada deponen dan ternyata difahami dengan sempurna oleh deponen.

Kecacatan formal