Malaysia legislation

Section 53

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 53

(1)

Apabila Ketua Pengarah Insolvensi berniat untuk memohon kepada mahkamah suatu perintah penguntukan di bawah seksyen 57 Akta, dia hendaklah memberi notis kepada bankrap mengenai niatnya untuk berbuat demikian.

(2)

Notis itu hendaklah menyatakan masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran permohonan itu dan hendaklah dihantar bersama dengan suatu salinan permohonan Ketua Pengarah Insolvensi dan suatu pernyataan ringkas bagi alasan permohonan itu dibuat.

(3)

Notis dalam subkaedah (2) hendaklah juga menyatakan bahawa bankrap itu bebas untuk tunjuk sebab terhadap perintah yang dibuat.

(4)

Jika bankrap bersetuju dengan perintah yang dibuat berdasarkan terma permohonan dia hendaklah memberi persetujuannya dengan menandatangani

Borang 10 yang dilampirkan pada permohonan itu.

(5)

Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah selepas itu mengemukakan dokumen itu bersama dengan salinan Borang 9 dan Borang 10 kepada mahkamah untuk perintah yang perlu dibuat.

(6)

Jika suatu permohonan dibuat dengan persetujuan bankrap, mahkamah hendaklah mengetepikan kehadiran bankrap dan Ketua Pengarah Insolvensi.

Penyampaian perintah kepada majikan, dsb.