Malaysia legislation

Section 57

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 57

Jagaan dan pengemukaan penghutang atau bankrap

Jika penghutang atau bankrap ditangkap di bawah suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 28 Akta—

(a)

pegawai yang memberkas penghutang atau bankrap itu hendaklah dengan serta-merta mengemukakan penghutang atau bankrap itu di hadapan mahkamah atau, jika mahkamah tidak bersidang, menyerahkannya ke dalam jagaan Pegawai Penjaga Penjara yang disebut dalam waran itu, yang hendaklah menahan penghutang atau bankrap itu dalam jagaan sehingga mahkamah bersidang seterusnya, apabila Pegawai Penjaga Penjara hendaklah mengemukakan penghutang atau bankrap di hadapan mahkamah, dan hendaklah melainkan mahkamah mengarahkan pelepasan penghutang atau bankrap, mengemukakannya di hadapan mahkamah sebagaimana yang boleh diarahkan oleh mahkamah dari semasa ke semasa; dan

(b)

apa-apa buku, kertas, wang, barang dan catel yang berada dalam milikan penghutang atau bankrap yang boleh disita hendaklah dengan serta-merta diserah simpan dengan Ketua Pengarah Insolvensi.

32

Pelaksanaan waran