Malaysia legislation

Section 58

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 58

(1)

Apabila seseorang diberkas di bawah suatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 31(2) Akta, pegawai yang memberkas seseorang itu hendaklah dengan serta-merta membawanya di hadapan mahkamah yang mengeluarkan waran itu supaya dia diperiksa, dan jika dia tidak dapat dibawa dengan segera untuk diperiksa, pegawai itu hendaklah menyerah seseorang itu ke dalam jagaan Pegawai Penjaga

Penjara yang disebut dalam waran itu, yang akan menerima dan menahan seseorang itu dan mengemukakannya di hadapan mahkamah sebagaimana yang boleh diarahkan oleh mahkamah dari semasa ke semasa.

(2)

Setelah memberkas seseorang yang dinamakan dalam waran itu, pegawai itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada mahkamah pemberkasan atau penyerahan ke dalam jagaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan memohon kepada mahkamah supaya menetapkan suatu masa untuk pemeriksaan seseorang itu, dan mahkamah hendaklah menetapkan hari terawal yang praktik untuk pemeriksaan, dan hendaklah mengarahkan Pegawai Penjaga Penjara untuk mengemukakan seseorang itu untuk pemeriksaan di tempat dan masa yang ditetapkan.

(3)

Notis mengenai tempat dan masa yang ditetapkan hendaklah diberi dengan serta-merta oleh Pendaftar kepada seseorang yang memohon untuk pemeriksaan atau waran.

Permohonan untuk mengkomitkan