Malaysia legislation

Section 60

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 60

Notis dan pendengaran permohonan

(1)

Apabila difailkan suatu permohonan untuk mengkomitkan, Pendaftar hendaklah menetapkan suatu masa dan tempat untuk pendengaran permohonan itu, dan notis hendaklah disampaikan secara kediri kepada orang yang diminta untuk dikomitkan itu tidak kurang daripada tiga hari sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran itu.

33

(2)

Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan penyampaian ganti atau penyampaian dengan notis yang lebih singkat.

Penggantungan pengeluaran perintah komital