Skip to content

Seksyen 62

Pengkomitan penghutang atau saksi yang tegar

of Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017

P.U. (A)In forceProvision 61 of 99
Seksyen 62

(1)

Jika seorang penghutang atau saksi yang diperiksa di hadapan Pendaftar enggan menjawab apa-apa soalan sehingga memuaskan hati Pendaftar, Pendaftar hendaklah melaporkan secara bertulis keengganan itu kepada Hakim, yang mempunyai kuasa untuk menangani penghutang atau saksi itu dalam cara yang sama seperti seolah-olah dia telah melakukan keingkaran dalam memberi jawapan di hadapan

Hakim.

(2)

Sebelum selesai pemeriksaan itu, Pendaftar hendaklah menamakan masa dan tempat di mana keingkaran itu akan dilaporkan kepada Hakim dan jika Hakim itu bersidang pada masa keingkaran itu dilakukan, keingkaran itu boleh dilaporkan dengan serta merta.

Penyampaian dan pelaksanaan proses