Seksyen 64
Kesan penyampaian selepas waktu tertentu
of Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017
(1)
Penyampaian hendaklah dilaksanakan sebelum pukul tiga setengah petang, kecuali pada hari sebelum hari kelepasan mingguan apabila penyampaian hendaklah dilaksanakan sebelum pukul dua belas tengah hari.
(2)
Penyampaian yang dilaksanakan selepas pukul tiga setengah petang pada hari kerja kecuali hari sebelum hari kelepasan mingguan hendaklah, bagi maksud mengira suatu tempoh masa yang kemudian daripada penyampaian itu, disifatkan sebagai telah dilaksanakan pada hari yang berikutnya.
(3)
Penyampaian yang dilaksanakan selepas dua belas tengah hari pada hari sebelum hari kelepasan mingguan hendaklah bagi maksud yang sama disifatkan telah dilaksanakan pada hari yang berikutan hari kelepasan mingguan itu.