Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Award mengenai kos
(1)
Apabila memberi kos, mahkamah boleh mengarahkan supaya kos bagi apa-apa perkara atau permohonan hendaklah ditetapkan dan dibayar antara pihak dengan pihak atau antara peguam cara dengan klien, atau mahkamah boleh menetapkan suatu jumlah wang untuk dibayar sebagai ganti kos yang ditetapkan.
35
(2)
Melainkan mahkamah mengarahkan selainnya, kos bagi suatu permohonan yang ditentang hendaklah mengikut keadaan dan hendaklah ditetapkan antara pihak dengan pihak.
(3)
Jika suatu tindakan dibawa terhadap Ketua Pengarah Insolvensi sebagai mewakili estet penghutang, atau jika Ketua Pengarah Insolvensi dijadikan sebagai suatu pihak dalam mana-mana prosiding atas permohonan mana-mana pihak lain dalam prosiding itu, Ketua Pengarah Insolvensi tidak bertanggungan sendiri bagi kos.
Pemfailan perintah