Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Semua prosiding dalam mahkamah hendaklah bertulis atau bercetak atau sebahagian bertulis dan sebahagiannya bercetak atas kertas yang berkualiti tahan lama, lebih kurang 297 mm (11. 69 inci) panjang, 210 mm (8.27 inci) lebar, mempunyai suatu birai, tidak kurang daripada 1 inci lebar yang dibiarkan kosong di kedua-dua belah kertas itu.
(2)
Tiap-tiap dokumen bolehlah bercetak di atas kedua-dua belah kertas.
Rekod mahkamah