Malaysia legislation

Section 73

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 73

Skala kos lebih rendah bagi harta di bawah sepuluh ribu ringgit

(1)

Jika anggaran aset penghutang tidak melebihi jumlah sepuluh ribu ringgit, suatu skala yang lebih rendah bagi kos peguam cara hendaklah dibenarkan dalam semua prosiding di bawah Akta yang kos yang kena dibayar daripada estet penghutang iaitu enam puluh peratus daripada caj yang biasanya dibenarkan dengan tambahan pembayaran; dan jika oleh kerana kesilapan, apa-apa caj yang telah dibenarkan atau dibayar mengikut skala yang lebih tinggi dan hasil kasar daripada aset itu hendaklah ditentukan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit yang berlebihan itu tidak dibenarkan dan jika telah dibayar hendaklah dibayar balik kepada Ketua Pengarah

Insolvensi.

(2)

Dalam semua hal yang tidak diperuntukkan secara khusus oleh

Kaedah-Kaedah ini, kaedah-kaedah mengenai kos peguam cara yang sedang berkuat kuasa berkenaan dengan mengenai prosiding sivil dalam Mahkamah Tinggi hendaklah terpakai setakat mana kaedah-kaedah itu terpakai.

Bil kos difailkan