Malaysia legislation

Section 76

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 76

Sebelum menetapkan kos atau caj bagi seorang peguam cara, pengurus, akauntan, broker, atau mana-mana orang lain yang diguna khidmat oleh Ketua Pengarah

Insolvensi, Pegawai Penetapan hendaklah menghendaki suatu perakuan, yang hendaklah diendors pada bil itu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Insolvensi, menyatakan apa-apa terma khas mengenai saraan yang telah dipersetujui, dan sebagai tambahan, dalam hal seorang peguam cara, suatu salinan, yang diperakui sebagai salinan yang benar oleh Ketua Pengarah Insolvensi, mengenai kuasa yang membenarkan penggajian seorang peguam cara dan menyatakan had amaun kos yang akan ditanggung.