Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
Penetapan kos Syerif selepas potongan
(1)
Jika Ketua Pengarah Insolvensi secara bertulis menghendaki apa-apa kos yang telah dipotong oleh Syerif di bawah subseksyen 51(2) Akta untuk ditetapkan,
Syerif itu hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh permintaan itu, membawa masuk kos itu untuk ditetapkan.
(2)
Kos hendaklah ditetapkan oleh Pegawai Penetapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam kebankrapan dan apa-apa amaun yang tidak dibenarkan selepas penetapan hendaklah dengan serta-merta dibayar oleh Syerif kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
Notis pelantikan dan penyerahsimpanan bil