Malaysia legislation
Section 81
Seksyen 81
Permohonan bagi kos
Jika mana-mana pihak atau seseorang yang terjejas oleh mana-mana prosiding berhasrat untuk memohon suatu perintah supaya seseorang itu dibenarkan kos atau sebahagian daripada kos itu, yang bersampingan dengan prosiding itu, dan permohonan itu tidak dibuat pada masa prosiding itu—
(a)
dia hendaklah menyampaikan notis mengenai cadangan permohonannya kepada Ketua Pengarah Insolvensi;
(b)
Ketua Pengarah Insolvensi boleh hadir pada permohonan itu dan membantah permohonan itu; dan
(c)
tiada kos atau yang bersampingan dengan permohonan itu hendaklah dibenarkan kepada pemohon melainkan mahkamah berpuas hati bahawa permohonan itu tidak boleh dibuat pada masa prosiding itu.
39
Semakan semula penetapan