Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(1)
Jika apa-apa kos, caj, fi atau pembayaran yang boleh dikenakan terhadap estet penghutang telah ditetapkan Ketua Pengarah Insolvensi boleh menghendaki penetapan itu disemak semula oleh Hakim.
(2)
Dalam apa-apa hal yang Ketua Pengarah Insolvensi menghendaki semakan semula penetapan, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah memberi notis kepada orang yang bilnya telah ditetapkan itu, masa yang ditetapkan untuk semakan semula.
(3)
Jika selepas semakan semula penetapan bil dibenarkan pada jumlah yang lebih rendah daripada jumlah yang dibenarkan oleh Pegawai Penetapan, amaun yang tidak dibenarkan itu hendaklah, jika bil itu telah dibayar, dibayar balik kepada Ketua
Pengarah Insolvensi.
(4)
Orang yang bilnya disemak semula hendaklah dibenarkan apa-apa kos dan yang bersampingan dengan kehadirannya pada semakan semula itu sebagaimana difikirkan patut oleh Hakim dan kos itu hendaklah dibayar daripada estet.
Perintah pembayaran kos dan caj yang kena dibayar daripada estet