Malaysia legislation

Section 83

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 83

Aset dalam setiap perkara yang tinggal selepas membayar perbelanjaan yang ditanggung dengan sewajarnya bagi memelihara, menyelesaikan dan mendapatkan mana-mana aset penghutang hendaklah tertakluk kepada apa-apa perintah mahkamah, hendaklah ditanggungkan dengan pembayaran yang berikut, yang hendaklah dibuat mengikut susunan keutamaan yang berikut:

(a)

perbelanjaan sebenar ditanggung oleh Ketua Pengarah Insolvensi dalam melindungi harta atau aset penghutang atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa perbelanjaan atau perbelanjaan yang ditanggung oleh Ketua

Pengarah Insolvensi atau oleh kuasanya dalam menjalankan perniagaan penghutang;

(b)

peratus fi dan caj yang kena dibayar kepada atau kos caj dan perbelanjaan yang ditanggung atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi;

40

(c)

deposit atau deposit-deposit yang diserah simpan oleh pemiutang pempetisyen menurut Kaedah-Kaedah ini;

(d)

deposit atau deposit-deposit yang diserah simpan atas mana-mana permohonan untuk pelantikan seorang penerima interim;

(e)

saraan bagi pengurus khas, jika ada;

(f)

kos yang telah ditetapkan pempetisyen; dan

(g)

saraan dan caj bagi orang, jika ada, yang dilantik oleh Ketua Pengarah

Insolvensi dalam membantu penghutang menyediakan penyata hal ehwalnya.

Kos tidak dibenarkan bagi permohonan tidak perlu

Pembahagian kos berkenaan dalam hal perkongsian