Malaysia legislation

Section 86

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 86

Kos kena dibayar daripada estet bersama dan berasingan

(1)

Jika estet bersama kepunyaan penghutang bersama tidak cukup untuk membayar kos atau caj yang ditanggung dengan sepatutnya sebelum perintah kebankrapan, Ketua Pengarah Insolvensi boleh membayar kos atau caj itu daripada estet berasingan kepunyaan penghutang bersama atau kepunyaan seorang atau lebih daripada

41

seorang daripada mereka mengikut kadar yang difikirkan

Ketua

Pengarah

Insolvensi patut.

(2)

Ketua Pengarah Insolvensi boleh juga mengikut budi bicaranya yang difikirkannya patut membayar apa-apa kos atau caj yang ditanggung dengan sepatutnya sebelum diletak hak kepadanya apa-apa estet berasingan daripada harta bersama itu atau daripada mana-mana estet berasingan yang lain dan apa-apa bahagian kos dan caj estet bersama itu yang ditanggung sebelum perintah kebankrapan yang menyentuh mana-mana estet berasingan daripada estet berasingan itu.

(3)

Jika estet bersama penghutang bersama tidak cukup untuk membayar apa-apa kos atau caj yang ditanggung dengan sepatutnya selepas perintah kebankrapan, Ketua Pengarah Insolvensi boleh membayar kos atau caj itu daripada estet berasingan penghutang bersama atau kepunyaan seorang atau lebih daripada seorang daripada mereka.

(4)

Ketua Pengarah Insolvensi boleh juga membayar apa-apa kos atau caj yang ditanggung dengan sepatutnya bagi mana-mana estet berasingan selepas estet itu terletak hak kepadanya daripada estet bersama itu dan apa-apa bahagian kos atau caj estet bersama itu yang ditanggung selepas perintah kebankrapan yang menyentuh mana-mana estet berasingan daripada estet berasingan itu.

Rayuan

Rayuan