Malaysia legislation

Section 87

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 87

Peruntukan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa berkenaan dengan rayuan daripada Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa asal sivilnya hendaklah terpakai bagi rayuan dalam kebankrapan dengan pengubahsuaian yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah Insolvensi tidak perlu memberi jaminan bagi kos;

(b)

masa untuk memasuki rayuan dan menyampaikan notis mengenainya kepada responden hendaklah empat belas hari daripada tarikh

42

menandatangani, memasuki atau selainnya menyempurnakan penghakiman atau perintah yang dirayu; dan

(c)

tiada rayuan boleh berfungsi sebagai penggantungan prosiding di bawah penghakiman atau perintah yang dirayukan itu melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya.