Malaysia legislation

Section 89

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 89

Pengeluaran oleh mahkamah

(1)

Suatu notis kebankrapan hendaklah dikeluarkan oleh mahkamah yang petisyen kebankrapan terhadap penghutang boleh difailkan kemudian.

(2)

Seorang pemiutang tidak berhak untuk memohon agar suatu notis kebankrapan dikeluarkan dengan menggabungkan dua atau lebih penghakiman muktamad.

(3)

Seorang pemiutang tidak berhak memohon suatu notis kebankrapan dikeluarkan terhadap penghutang bersama dalam suatu penghakiman muktamad atau perintah muktamad melainkan jika penghutang itu telah menjalankan perniagaan secara bersama. Jika penghutang itu tidak menjalankan perniagaan secara bersama permohonan hendaklah dibuat supaya dikeluarkan suatu notis kebankrapan yang

43

berasingan terhadap setiap seorang penghutang dalam penghakiman muktamad atau perintah muktamad itu.

(4)

Dalam kes penghakiman muktamad atau perintah muktamad terhadap suatu perkongsian dan jika pekongsi secara individu tidak disampaikan dengan writ saman dalam guaman yang penghakiman muktamad atau perintah muktamad itu diperoleh, penghakiman muktamad atau perintah muktamad tidak boleh digunakan sebagai asas suatu notis kebankrapan terhadap seorang kongsi tanpa kebenaran mahkamah.

Pengeluaran notis