Malaysia legislation

Section 90

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 90

(1)

Apabila memohon untuk dikeluarkan suatu notis kebankrapan, pemiutang hendaklah—

(a)

mengemukakan kepada Pendaftar suatu salinan pejabat bagi penghakiman atau perintah yang notis itu berasaskannya;

(b)

mengemukakan kepada Pendaftar suatu salinan saman pemula atau writ saman yang notis itu berasaskannya;

(c)

mengemukakan kepada Pendaftar suatu salinan perjanjian yang suatu penghakiman atau perintah dibuat terhadap penghutang;

(d)

memfailkan notis itu, bersama dengan permintaan bagi mengeluarkan;

dan

(e)

menyerah simpan sejumlah salinan yang mencukupi bagi notis kebankrapan untuk dimeterai dan dikeluarkan untuk penyampaian.

(2)

Jika pemiutang tidak mematuhi kehendak kaedah ini, mahkamah hendaklah menolak notis kebankrapan itu.

44

Pengemukaan notis kepada Ketua Pengarah Insolvensi