Malaysia legislation

Section 92

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 92

Butir-butir hendaklah diendors dalam notis

(1)

Tiap-tiap notis kebankrapan hendaklah dicatatkan dengan—

(a)

nama dan tempat perniagaan peguam cara yang menyaman notis itu, atau jika tiada peguam cara diguna khidmat, dengan suatu memorandum bahawa notis itu adalah disaman oleh pemiutang secara sendiri;

(b)

nama dan nombor kad pengenalan atau pasport penghutang; dan

(c)

suatu pemakluman kepada penghutang bahawa jika dia mempunyai apa-apa tuntutan balas, tolakan atau tuntutan silang yang sama banyak atau melebihi jumlah hutang penghakiman, dan yang dia tidak dapat lakukan dalam tindakan yang dalamnya penghakiman atau perintah itu telah diperoleh, dia hendaklah dalam masa yang dinyatakan dalam notis memfailkan suatu afidavit bagi maksud itu kepada Pendaftar.

(2)

Bagi kes suatu notis—

(a)

yang disampaikan dalam Malaysia, tempoh masanya ialah tujuh hari;

dan

(b)

yang disampaikan di mana-mana tempat lain, tempoh masanya hendaklah ditetapkan oleh Pendaftar apabila mengeluarkan notis itu.

Permohonan untuk mengetepikan