Malaysia legislation

Section 93

of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI 2017

Seksyen 93

(1)

Pemfailan suatu afidavit hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu permohonan untuk mengetepikan notis kebankrapan, dan Pendaftar seterusnya

45

hendaklah menetapkan suatu hari untuk pendengaran permohonan itu, dan hendaklah memberi notis mengenainya tidak kurang daripada tiga hari bekerja kepada penghutang, pemiutang dan peguam cara mereka masing-masing, jika diketahui.

(2)

Jika permohonan tidak dapat didengar sebelum masa yang dinyatakan dalam notis untuk mematuhi kehendaknya, Pendaftar hendaklah melanjutkan masa, dan tiada apa-apa perbuatan kebankrapan boleh disifatkan sebagai telah dilakukan di bawah notis itu sehingga permohonan itu telah didengar dan ditentukan.

Tempoh notis