Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
(1)
Apabila suatu petisyen diserahkan oleh penghutang, dia hendaklah memasukkan nama, Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara atau nombor pasport, perihalan, alamatnya pada masa tarikh permohonan itu dikemukakan, dan juga mana-mana alamat yang dia pernah tinggal atau menjalankan perniagaan dan di mana dia telah menanggung hutang dan liabiliti yang masih belum dibayar atau dijelaskan pada tarikh petisyen itu.
(2)
Jika suatu petisyen diserahkan terhadap seorang penghutang yang tinggal atau menjalankan perniagaan di suatu alamat lain daripada tempat kediaman atau tempat perniagaannya pada masa melakukan hutang atau liabiliti yang mengenainya petisyen itu diserahkan, pemiutang pempetisyen hendaklah memperihalkan penghutang itu mengikut alamat semasa dan perihalnya, dan sebagai yang dahulunya
47
tinggal atau menjalankan perniagaan di alamat itu bila hutang atau tanggungan itu telah dilakukan.
Tempat bagi memfailkan petisyen
Petisyen itu hendaklah difailkan dalam mahkamah di mana petisyen akan dikemukakan.
(2)
Jika penghutang mempunyai sebahagian besar daripada satu tahun sebelum sahaja penyampaian petisyen itu, telah menjalankan perniagaan dalam sebuah negeri dan bermastautin di sebuah negeri lain, petisyen itu boleh difailkan dalam mahkamah negeri di mana dia menjalankan perniagaan itu.
Pengakusaksian
Tiap-tiap petisyen kebankrapan hendaklah diakusaksikan.
(2)
Jika pengakusaksian itu—
(a)
diakusaksikan di Malaysia, saksi itu mestilah seorang peguam cara,
Peguam Persekutuan, Majistret, Ketua Pengarah Insolvensi atau
Pendaftar; atau
(b)
diakusaksikan di luar Malaysia, saksi itu mestilah seorang Hakim,
Majistret, Konsul, Naib-Konsul atau seorang Notari Awam.
Deposit oleh pempetisyen
Apabila suatu petisyen dikemukakan, pempetisyen itu hendaklah mendepositkan dengan Ketua Pengarah Insolvensi suatu jumlah wang sebanyak seribu lima ratus ringgit jika seorang penghutang, dan dua ribu ringgit jika seorang pemiutang dan apa-apa jumlah wang tambahan sebagaimana yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah Insolvensi untuk menampung fi dan perbelanjaan.
(2)
Tiada petisyen boleh diterima melainkan resit Ketua Pengarah Insolvensi bagi deposit itu dikemukakan kepada Pendaftar.
48
(3)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah memasukkan kepada pemiutang atau mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada estet penghutang bagi jumlah yang didepositkan itu dan apa-apa wang yang didepositkan oleh pempetisyen pemiutang melainkan ia dikehendaki atas sebab aset tidak mencukupi bagi membayar fi dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Ketua Pengarah Insolvensi, hendaklah dibayar semula kepada pemiutang daripada hasil estet itu mengikut susunan keutamaan yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah ini.
(4)
Kos bagi menyiarkan apa-apa perintah atau notis di bawah Kaedah-Kaedah ini dalam Warta atau surat khabar hendaklah dibayar daripada wang yang didepositkan di bawah subkaedah (1).
Petisyen terhadap firma
Apabila difailkan suatu petisyen oleh atau terhadap sebuah firma penghutang atas nama firma itu, pempetisyen itu hendaklah memfailkan suatu pernyataan nama dan alamat pekongsi sebagaimana yang terdapat dalam daftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] sebagaimana pada tarikh penyerahan petisyen itu.
(2)
Jika suatu pestiyen difailkan oleh atau terhadap seorang penghutang perseorangan yang menjalankan perniagaan atas suatu nama yang lain daripada namanya sendiri, subkaedah (1) kaedah ini hendaklah terpakai dengan ubah suai yang patut.
Petisyen pemiutang
Jaminan kos
49
dibayar olehnya kepada penghutang boleh diperintahkan untuk memberi jaminan bagi kos kepada penghutang.
Penentusahan
Suatu petisyen pemiutang hendaklah ditentusahkan dengan afidavit.
(2)
Seorang pemiutang yang tidak dapat mengesahkan sendiri semua pernyataan yang terkandung dalam petisyennya hendaklah memfailkan suatu afidavit yang dibuat oleh seorang yang boleh mendeposnya.
Pempetisyen bersama
Penyiasatan petisyen
Pendaftar dan jika sebahagian daripada pernyataan dalam petisyen itu tidak dapat ditentusahkan oleh afidavit, saksi boleh dipanggil untuk membuktikannya.
Penyampaian petisyen pemiutang
Penyampaian secara kendiri
Penyampaian ganti
Sekiranya mahkamah berpuas hati dengan afidavit atau apa-apa keterangan bersumpah lain yang menyebabkan penyampaian secara kediri tidak dapat
50
dilaksanakan di bawah kaedah 108, mahkamah boleh mengarahkan supaya penyampaian ganti dibuat seperti berikut:
(a)
dengan mengiklankan petisyen dalam satu surat khabar tempatan;
(b)
dengan meletakkan petisyen pada papan notis di premis mahkamah;
dan
(c)
apa-apa cara lain yang mahkamah fikirkan sesuai dan adil bagi maksud petisyen itu disedari oleh orang yang hendak disampaikan.
(2)
Suatu permohonan untuk penyampaian ganti hendaklah dibuat berdasarkan kaedah 18 Kaedah-Kaedah ini.
(3)
Apabila perintah di bawah subkaedah (1) telah dilaksanakan oleh pemiutang, petisyen hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada penghutang.
Bukti penyampaian
Penyampaian petisyen hendaklah dibuktikan dengan afidavit.
(2)
Afidavit itu bersama dengan suatu salinan petisyen bermeterai dilampirkan dan dirujuk sebagai suatu exhibit hendaklah difailkan dengan mahkamah dengan serta-merta selepas penyampaian.
Kematian penghutang sebelum penyampaian
Penyampaian luar bidang kuasa
51
Pendengaran petisyen
Prosiding bagi petisyen
Jika suatu petisyen difailkan oleh penghutang, mahkamah hendaklah dengan serta-merta membuat suatu perintah kebankrapan.
(2)
Suatu petisyen pemiutang tidak boleh didengar sehingga tamatnya tempoh lapan hari dari tarikh penyampaiannya.
(3)
Walau apa pun subkaedah (2), jika perbuatan kebankrapan yang dikatakan itu ialah penghutang telah memfailkan suatu pengisytiharan ketidakupayaan untuk membayar hutangnya atau jika dibuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa penghutang telah melarikan diri atau dalam mana-mana kes lain kerana sebab yang baik yang ditunjukkan, mahkamah boleh atas apa-apa syarat jika ada sebagaimana yang mahkamah fikirkan patut untuk dikenakan mendengar petisyen itu pada suatu tarikh yang lebih awal sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh mahkamah.
Petisyen oleh pemberi pinjam wang
Pinjam Wang 1951 [Akta 400].
Beberapa responden
52
Penghutang berniat untuk tunjuk sebab
Kehadiran penghutang untuk tunjuk sebab
Ketidakhadiran penghutang
Ketidakhadiran pemiutang
53
Kehadiran pemiutang secara peribadi diketepikan
Masa pendengaran
Pendaftar boleh dari semasa ke semasa mengubah hari yang mula-mula ditetapkan itu dan menetapkan suatu hari dan waktu lain.
Prosiding selepas perbicaraan bagi soalan yang dipertikaikan
Permohonan untuk menolak
54
pos atau selainnya mengenai masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan itu.
Permohonan bagi pelanjutan masa
Perintah bagi pelanjutan masa
Atas suatu permohonan untuk pelanjutan masa bagi pendengaran suatu petisyen, tiada perintah hendaklah dibuat untuk lanjutan masa lebih daripada empat belas hari daripada hari yang telah ditetapkan bagi pendengaran petisyen itu melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa pelanjutan masa itu tidak akan memudaratkan pemiutang keseluruhannya.
(2)
Apa-apa kos yang disebabkan oleh permohonan itu tidak boleh dibenarkan dibayar daripada estet melainkan jika diperintahkan oleh mahkamah.
Penangguhan pendengaran tetapi dalam tiap-tiap kes itu melainkan jika suatu perintah untuk penangguhan dibuat, mahkamah hendaklah sama ada membuat suatu perintah kebankrapan atau menolak petisyen itu.
Penerima Interim
Pelantikan Penerima Interim
55
alasan yang mencukupi bagi pelantikan Ketua Pengarah Insolvensi sebagai Penerima
Interim bagi harta penghutang atau mana-mana bahagian daripada harta itu, mahkamah boleh membuat pelantikan itu jika difikirkannya patut dan atas terma sebagaimana yang adil, membuat pelantikan itu.
Bentuk dan kandungan perintah 128.
Jika suatu perintah dibuat melantik Ketua Pengarah Insolvensi sebagai Penerima
Interim bagi harta penghutang, perintah itu hendaklah mempunyai nombor petisyen yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan hendaklah menyatakan tempat harta yang Ketua Pengarah Insolvensi diperintahkan untuk mengambil milikan dan boleh mengarahkannya untuk mengambil pemilikan dengan serta merta semua buku akaun dan kertas dan dokumen yang lain dimiliki oleh penghutang dan yang berhubungan dengan perniagaan penghutang.
Deposit 129.
Apabila perintah di bawah kaedah 128 dikeluarkan, orang yang membuat permohonan bagi Penerima Interim dalam Borang 49 hendaklah mendepositkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi sejumlah wang sebanyak tiga ratus ringgit bagi fi dan perbelanjaan yang akan ditanggung dan apa-apa jumlah wang tambahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Insolvensi bagi perbelanjaan yang mungkin ditanggung olehnya.
Deposit tambahan jika perlu 130.
Jika sejumlah wang sebanyak tiga ratus ringgit yang didepositkan bagi perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Ketua Pengarah Insolvensi itu terbukti tidak mencukupi, orang yang atas permohonannya perintah itu telah dibuat hendaklah dari semasa ke semasa mendepositkan dengan Ketua Pengarah Insolvensi apa-apa jumlah wang tambahan sebagaimana yang dikehendakinya dan jika jumlah wang yang dikehendaki itu tidak didepositkan dalam masa dua puluh empat jam selepas permohonan itu dibuat, perintah melantik Penerima Interim itu boleh dibatalkan oleh mahkamah atas permohonan Ketua Pengarah Insolvensi.
56
Pembayaran balik deposit 131.
Jika suatu perintah melantik seorang Penerima Interim diikuti oleh suatu perintah kebankrapan, deposit yang dibuat oleh pemiutang yang atas permohonannya
Penerima Interim itu dilantik hendaklah dibayar balik kepadanya kecuali dan setakat mana deposit itu mungkin dikehendaki oleh sebab ketidakcukupan aset untuk pembayaran fi yang boleh dikenakan dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Penerima
Interim daripada hasil estet mengikut urutan keutamaan yang ditetapkan oleh
Kaedah-Kaedah ini.
Ganti rugi jika petisyen ditolak 132.
Jika selepas suatu perintah telah dibuat melantik seorang Penerima Interim petisyen itu ditolak mahkamah hendaklah atas permohonan yang akan dibuat dalam masa dua puluh satu hari daripada tarikh penolakan itu menghakimi berkenaan dengan apa-apa ganti rugi atau tuntutan yang timbul daripada pelantikan itu dan hendaklah membuat perintah sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah dan keputusan atau perintah itu hendaklah muktamad dan konklusif antara pihak-pihak itu melainkan perintah itu dirayu.
Perintah kebankrapan
Bentuk dan kandungan
Suatu perintah kebankrapan hendaklah menyatakan jenis dan tarikh tiap-tiap tindakan kebankrapan yang atasnya perintah itu dibuat.
(2)
Tiap-tiap perintah kebankrapan hendaklah mengandungi suatu notis menghendaki bankrap itu hadir dengan serta-merta selepas penyampaian perintah itu ke atasnya di hadapan Ketua Pengarah Insolvensi di tempat yang tersebut di dalam notis itu.
(3)
Jika pempetisyen diwakili oleh seorang peguam cara, perintah kebankrapan itu hendaklah diendors dengan nama dan alamat peguam cara itu.
57
Persediaan
Penyampaian perintah kebankrapan
Perintah kebankrapan atas notis kebankrapan 136.
Suatu perintah kebankrapan tidak boleh dibuat terhadap seorang penghutang—
Menggantungkan prosiding 137.
Suatu perintah menggantung apa-apa tindakan atau prosiding terhadap bankrap atau menggantung prosiding secara am boleh dimasukkan dalam perintah kebankrapan.
Pengiklanan perintah kebankrapan 138.
Jika suatu perintah kebankrapan dibuat, Pendaftar hendaklah dengan serta-merta memasukkan suatu notis ke dalam Warta dan Ketua Pengarah Insolvensi
58
hendaklah dengan serta-merta menghantar notis berkenaannya kepada surat khabar tempatan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa atau dalam ketiadaan arahan itu Ketua Pengarah Insolvensi boleh memilih.
Notis permohonan untuk membatalkan perintah kebankrapan dan menggantung prosiding 139.
(1)
Suatu permohonan kepada mahkamah untuk membatalkan suatu perintah kebankrapan atau untuk menggantung prosiding, tidak boleh didengar kecuali atas bukti bahawa notis permohonan yang dimaksudkan itu, dan suatu salinan afidavit sokongan itu, telah disampaikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
(2)
Kecuali mahkamah memberi kebenaran sebaliknya, notis mengenai apa-apa permohonan hendaklah disampaikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi tidak kurang daripada empat belas hari sebelum hari yang dinamakan dalam notis untuk pendengaran permohonan.
(3)
Apabila menunggu pendengaran permohonan, mahkamah boleh membuat suatu perintah interim menggantung prosiding sebagaimana yang difikirkannya patut.
Perintah membatalkan perintah kebankrapan 140.
Apabila suatu perintah kebankrapan dibatalkan Pendaftar hendaklah dengan serta-merta memasukkan suatu notis dalam Warta dan Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah dengan serta-merta menghantar notis kepada surat khabar tempatan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa atau dalam ketiadaan arahan itu Ketua Pengarah Insolvensi boleh memilih.
Kos petisyen, dsb.
Semua prosiding di bawah Akta sehingga dan termasuklah membuat perintah kebankrapan hendaklah atas kos pihak yang mendakwanya tetapi apabila suatu perintah kebankrapan dibuat, kos bagi pemiutang pempetisyen termasuklah kos notis kebankrapan jika ada yang dibawa guaman hendaklah ditetapkan dan kena dibayar daripada estet mengikut urutan keutamaan yang ditetapkan oleh
Kaedah-Kaedah ini.
59
(2)
Apabila hasil daripada estet tidak mencukupi bagi pembayaran apa-apa kos yang perlu ditanggung oleh Ketua Pengarah Insolvensi yang melebihi deposit antara dalam membuat suatu perintah kebankrapan dan tamatnya pemeriksaan awam, mahkamah boleh memerintahkan kos yang perlu dibayar oleh pihak yang mendakwa dalam prosiding itu.
Perlindungan bagi kos pemiutang pempetisyen
Pemeriksaan awam bankrap
Masa bagi mengadakan pemeriksaan awam
Keingkaran oleh bankrap dalam menghadiri pemeriksaan awam
60
Notis kepada pemiutang mengenai pemeriksaan
Jika mana-mana perintah dibuat menetapkan masa dan tempat bagi menjalankan pemeriksaan awam seorang bankrap, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah menyampaikan suatu salinan perintah itu kepada bankrap dan hendaklah memberi kepada pemiutang notis mengenai perintah itu dan mengenai masa dan tempat yang ditetapkan oleh perintah itu.
(2)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah juga menghantar suatu notis mengenai perintah kepada mana-mana surat khabar tempatan sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa arahkan atau dalam ketiadaan arahan itu, sebagaimana yang difikirkannya patut oleh Menteri dan hendaklah juga menyebabkan notis bagi perintah itu diwartakan.
Penangguhan sine die
Prosiding selepas penangguhan sine die
Jika suatu pemeriksaan telah ditangguhkan sine die dan bankrap berhasrat untuk mendapatkan suatu hari ditetapkan untuk menjalankan pemeriksaan awamnya perbelanjaan bagi mewartakan, mengiklan dan memberi notis kepada pemiutang mengenai hari yang akan ditetapkan untuk menjalankan pemeriksaan awam itu hendaklah melainkan jika Ketua Pengarah Insolvensi bersetuju untuk kos itu dibayar daripada estet atas kos bankrap yang hendaklah sebelum mana-mana hari ditetapkan untuk menjalankan pemeriksaan awam itu mendepositkan kepada Ketua Pengarah
Insolvensi suatu jumlah yang difikirkan cukup untuk membayar perbelanjaan itu.
61
(2)
Baki deposit itu setelah kos setelah dibayar perbelanjaan di atas hendaklah dikembalikan kepada bankrap.
Notis prosiding selepas penangguhan sine die
Permohonan untuk perintah mengecualikan pemeriksaan awam
Permohonan untuk suatu perintah mengecualikan pemeriksaan awam berkenaan seorang bankrap atau mengarahkan supaya bankrap diperiksa dengan apa-apa cara atau di tempat yang lain daripada yang biasa, atas alasan bahawa bankrap itu orang gila atau menderita daripada keuzuran atau hilang keupayaan mental atau badan yang menjadikan dia tidak layak untuk menghadiri pemeriksaan awam, atau dia berada dalam penjara dan tidak boleh dibawa dengan mudah ke hadapan mahkamah, boleh dibuat oleh Ketua Pengarah Insolvensi, atau oleh mana-mana orang yang telah dilantik oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berbuat demikian untuk mengurus hal ehwal bankrap atau mewakili bankrap, atau oleh mana-mana waris atau sahabat penghutang yang pada pendapat mahkamah ialah seorang yang sesuai untuk membuat permohonan itu.
(2)
Jika permohonan itu dibuat oleh Ketua Pengarah Insolvensi, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte, dan keterangan bagi menyokong permohonan boleh diberi melalui suatu laporan Ketua Pengarah Insolvensi kepada mahkamah, kandungan laporan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan di dalamnya.
(3)
Jika permohonan itu dibuat oleh orang lain selain daripada Ketua
Pengarah Insolvensi, permohonan itu hendaklah dibuat melalui saman dalam kamar,
62
yang notis itu hendaklah diberikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi dan, hendaklah, apabila bankrap itu menderita hilang keupayaan mental atau badan, kecuali dalam hal seorang gila yang bukan didapati gila melalui penyiasatan, hendaklah disokong dengan suatu afidavit dari seorang pengamal perubatan yang berdaftar tentang keadaan fizikal dan mental bankrap itu.
Komposisi atau skim
Tujuan mesyuarat pemiutang
Apabila pemiutang menurut seksyen 18 Akta membuat ketetapan untuk melayani suatu cadangan untuk suatu komposisi atau skim, terma komposisi atau skim itu hendaklah diselesaikan dalam mesyuarat pertama atau dalam penangguhan mesyuarat pertama itu.
(2)
Mesyuarat yang kemudiannya itu hendaklah diadakan bagi maksud mengesahkan atau menolak komposisi atau skim itu.
Terma resolusi
Akta hendaklah, sebagai tambahan kepada butiran lain yang dikehendaki dimasukkan di dalamnya, menyatakan caranya, jika ada, bagaimana pembayaran komposisi itu akan dijamin.
Permohonan oleh Ketua Pengarah Insolvensi untuk kelulusan mahkamah
Apabila pemiutang mengesahkan suatu komposisi atau skim
Ketua Pengarah Insolvensi atau bankrap boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas resolusi mesyuarat, membuat suatu permohonan kepada mahkamah bagi meluluskan komposisi atau skim itu dan Ketua Pengarah Insolvensi tidak boleh dengan membuat permohonan sedemikian disifatkan semestinya untuk menyokong komposisi atau skim itu.
63
(2)
Permohonan hendaklah difailkan dengan kebenaran mahkamah sekiranya permohonan difailkan lebih daripada tiga puluh hari.
(3)
Apabila permohonan itu dibuat oleh bankrap, dia hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan, menghantar notis permohonan itu kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
(4)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah tidak kurang daripada tujuh hari sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan menghantar notis mengenainya kepada setiap ahli jawatankuasa perunding, jika ada, dan notis hendaklah dimasukkan dalam Warta dan mana-mana surat khabar tempatan yang difikirkannya patut.
Laporan Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah difailkan
Pendengaran dan rayuan
Insolvensi di atasnya dan rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi hendaklah terletak atas Ketua Pengarah Insolvensi daripada mana-mana perintah oleh mahkamah yang dibuat atas permohonan itu.
Keterangan dan perintah
Mahkamah sebelum meluluskan suatu komposisi atau skim hendaklah menyiasat perkara lain sebagaimana dikehendaki oleh Akta yang memerlukan bukti bahawa peruntukan di bawah subseksyen 18(1), (2) dan (3) Akta telah dipatuhi.
64
(2)
Pendaftar hendaklah dengan serta-merta menyiarkan dalam Warta, notis tiap-tiap perintah yang dibuat atas permohonan untuk meluluskan suatu komposisi atau skim.
Peruntukan dalam komposisi atau skim bagi kos dan caj
Insolvensi bahawa peruntukan telah dibuat bagi pembayaran segala kos, caj dan perbelanjaan yang sepatutnya dan bersampingan dengan prosiding dan semua fi dan peratusan yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
Fi bagi permohonan
Hal Ketua Pengarah Insolvensi menjadi pemegang amanah 158.
Dalam tiap-tiap hal komposisi atau skim, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah menjadi pemegang amanah bagi maksud menerima dan mengagihkan komposisi atau bagi maksud mentadbir harta penghutang dan menjalankan terma komposisi atau skim mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pembetulan kesilapan formal, dsb.