/akn/my/act/pua/2017/350

KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (A)
Status
In force
Enacted
2017
Sections
13

Quick answer

About this p.u. (a)

KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 350 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 123 Akta Insolvensi 1967 [Akta 360], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut: [27 Jun 1969] Nama

Seksyen 1969

PERATURAN-PERATURAN AM UNTUK PENETAPAN

Open as pageSuggest a correction

Budi bicara Pegawai Penetapan mengenai fi dan elaun

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Semua fi atau elaun yang merupakan budi bicara boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya, dibenarkan menurut budi bicara Pegawai Penetapan, yang, pada menjalankan budi bicara itu, hendaklah mengambil kira fi dan elaun lain kepada peguam cara, dan peguam jika ada, berkenaan dengan kerja yang baginya mana-mana elaun itu terpakai, jenis dan mustahaknya perkara itu, amaun yang terlibat, kepentingan pihak-pihak, estet atau orang yang akan menanggung kos itu, penjalanan am dan kos prosiding itu dan segala hal keadaan lain.

Seksyen 3

Kos

Open as pageSuggest a correction

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual ini, segala kos yang dilakukan dengan sewajarnya di bawah peruntukan Akta atau Kaedah-Kaedah boleh dibenarkan mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012].

Seksyen 4

Saraan peguam cara

Open as pageSuggest a correction

Berkenaan dengan urusan yang berkaitan dengan penjualan, pembelian, pajakan, gadai janji dan perkara pemindahhakan lain, dan berkenaan dengan urusan lain yang tidak dijalankan di dalam mahkamah atau di dalam kamar, dan yang bukan selainnya urusan bertikaian, saraan peguam cara hendaklah (sekiranya tiada apa-apa perkiraan yang berlawanan) dikawal selia dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166],

5

dan di Negeri-Negeri lain menurut peruntukan undang-undang yang bersamaan yang berkuat kuasa di Negeri-Negeri lain itu:

Dengan syarat bahawa, berkenaan dengan penjualan harta yang digadai janji, saraan peguam cara Ketua Pengarah Insolvensi boleh dibayar hanya daripada hasil jualan itu sahaja.

Seksyen 5

Fi mahkamah dan pembayaran lain

Open as pageSuggest a correction

Semua fi mahkamah dan pembayaran sewajarnya yang lain boleh dibenarkan sebagai tambahan kepada saraan yang diperuntukkan dalam Jadual ini.

Seksyen 6

Elaun yang dibenarkan oleh mahkamah

Open as pageSuggest a correction

Elaun tambahan bagi lamanya masa persidangan, atau elaun lain yang ditambah yang selaras dengan Jadual ini, boleh dibenarkan:

Dengan syarat bahawa apa-apa elaun sedemikian hendaklah diperintahkan dan diperakui oleh mahkamah pada masa itu, jika tidak segala caj itu tidak boleh dibenarkan.

Seksyen 7

Pengemukaan baucer pada masa penetapan

Open as pageSuggest a correction

Baucer untuk semua pembayaran hendaklah dikemukakan pada masa penetapan, jika tidak pembayaran itu tidak boleh dibenarkan.

Seksyen 8

Bil kos

Open as pageSuggest a correction

(1)

Bil kos hendaklah dibuat atas kertas yang bermutu tinggi dengan saiznya lebih kurang 297mm. (11.69 inci) panjang, 210mm. (8.27 inci) lebar, mempunyai suatu birai tidak kurang daripada 1 inci lebar yang dibiarkan kosong di kedua-dua belah kertas itu dan hendaklah ditulis membujur pada sebelah muka sahaja, dengan membezakan, dengan memasukkan dalam ruang yang berasingan, kos yang dibayar sendiri daripada caj bagi kerja yang telah dilakukan dan masa yang telah digunakan.

6

Suggest a correction

(2)

Tarikh hendaklah diberikan bagi setiap butiran, tetapi tarikh itu tidak boleh ditulis di sebelah tepi kerana tepinya itu hendaklah dibiarkan kosong untuk penetapan.

Fi bagi membuat afidavit atau dokumen lain

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Fi yang dibenarkan bagi membuat apa-apa afidavit atau dokumen lain hendaklah termasuk apa-apa salinan yang dibuat bagi kegunaan peguam cara, atau ejen, atau bagi peguam menyelesaikannya.

Seksyen 10

Tiada arahan bagi suatu afidavit yang dibuat oleh peguam cara atau kerani

Open as pageSuggest a correction

Tiada arahan bagi sesuatu afidavit boleh dibenarkan apabila afidavit itu dibuat oleh peguam cara atau keraninya.

Elaun bagi arahan, membuat afidavit, dsb.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Elaun bagi arahan dan membuat sesuatu afidavit bagi menjawab interogatori dan afidavit khas lain, dan bagi menemui deponen untuk mengangkat sumpah, hendaklah termasuk semua pertemuan dengan deponen untuk menyelesaikannya dan membacanya.

Tiada fi yang dibenarkan bagi penyerahan dokumen, penyampaian dan notis jika peguam cara yang sama adalah bagi kedua-dua pihak 12.

Fi yang dibenarkan bagi penyerahan dokumen, penyampaian dan notis tidak boleh dibenarkan apabila peguam cara adalah sama bagi kedua-dua pihak, melainkan jika perlu bagi maksud membuat suatu afidavit penyampaian.

Tiada fi yang dibenarkan bagi penatapan jika peguam cara yang sama adalah bagi kedua-dua pihak 13.

Fi yang dibenarkan bagi penatapan tidak terpakai jika peguam cara yang sama adalah bagi kedua-dua pihak.

7

Penetapan bil kos bagi peguam cara yang sama yang diguna khidmat bagi dua orang atau lebih 14.

Jika peguam cara yang sama diguna khidmat bagi dua orang atau lebih yang mempunyai kepentingan yang sama, dan kertas yang berasingan diserahkan, atau jika prosiding lain telah diadakan oleh atau bagi dua orang atau lebih secara berasingan,

Pegawai Penetapan hendaklah menimbangkan pada menetapkan bil kos peguam cara itu, sama ada antara pihak dengan pihak, atau antara peguam cara dengan klien, sama ada kertas yang berasingan itu atau prosiding yang lain itu adalah perlu atau wajar; dan jika pada pendapatnya bahawa apa-apa bahagian kos yang berbangkit oleh sebab yang demikian telah dilakukan dengan tidak perlu atau dengan tidak wajar, bahagian kos itu tidaklah boleh dibenarkan.

Folio 15.

Sesuatu folio hendaklah mengandungi seratus perkataan, dengan tiap-tiap angka yang terkandung dalam sesuatu ruang atau yang dibenarkan digunakan dikira sebagai satu perkataan.

Fi am 16.

(1)

Pegawai Penetapan boleh membenarkan suatu fi am bagi arahan untuk perbicaraan, mendapatkan autoriti, menemui saksi, dan bagi mendapatkan keterangan dan menyediakan kes, dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu dan soal yang terlibat.

Suggest a correction

(2)

Fi tidak boleh dibenarkan bagi lebih daripada seorang peguam bela bagi suatu pihak melainkan jika dibenarkan oleh mahkamah dengan perakuan pada masa pendengaran itu atau dalam masa tujuh hari selepasnya.

Suggest a correction

(3)

Fi yang disebut dalam subkaedah (2) boleh dibenarkan walaupun kedua-dua peguam bela itu merupakan anggota bagi firma peguam bela dan peguam cara yang sama.

8

Suggest a correction

(4)

Jika perakuan itu diberikan, apa-apa fi sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Pendaftar boleh dibenarkan bagi konsultasi, pendapat, penerangan dan peringatan berkenaan dengan peguam bela yang kanan.

Bantahan kepada penetapan bil kos 17.

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh Pegawai Penetapan dalam apa-apa bil kos yang ditetapkan olehnya daripada kesemua atau mana-mana bahagian bagi mana-mana butiran boleh mengemukakan suatu bantahan bertulis kepada Pegawai Penetapan terhadap apa yang dibenarkan atau tidak dibenarkan itu pada bila-bila masa sebelum perakuan atau alokatur itu ditandatangani, dengan menyatakan di dalamnya dengan suatu senarai yang pendek dan ringkas butiran atau bahagiannya yang dibantah dan alasan dan sebab bagi bantahan itu, dan kemudiannya dia bolehlah memohon kepada Pegawai Penetapan supaya membuat semakan penetapan berkenaan dengannya.

Semakan penetapan bil kos 18.

Apabila diterima permohonan itu Pegawai Penetapan hendaklah menimbang semula dan menyemak penetapannya mengikut bantahan itu, dan dia boleh, jika difikirkannya patut, menerima keterangan lanjut mengenainya dan, jika dikehendaki sedemikian oleh peguam cara atau mana-mana orang yang berkepentingan dia hendaklah menyatakan, sama ada dalam perakuan penetapan atau alokaturnya atau dengan merujuk kepada bantahan itu, alasan dan sebab keputusannya ke atasnya dan apa-apa fakta atau hal keadaan khas yang berhubungan dengannya.

Permohonan kepada hakim untuk suatu perintah untuk semakan penetapan 19.

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan perakuan atau alokatur

Pegawai Penetapan mengenai apa-apa butiran atau bahagiannya yang telah dibantah seperti yang disebut terdahulu, boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh perakuan atau alokatur itu atau apa-apa masa lain sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah atau hakim atau Pegawai Penetapan pada masa dia menandatangani perakuan atau alokaturnya itu, memohon kepada hakim bagi suatu perintah untuk semakan penetapan mengenai butiran itu atau sebahagian daripada sesuatu butiran, dan hakim itu bolehlah apabila menerima permohonan itu membuat apa-apa perintah

9

yang difikirkannya adil; tetapi perakuan atau alokatur Pegawai Penetapan itu adalah terakhir dan muktamad mengenai semua perkara yang telah tidak dibantah mengikut cara yang disebut terdahulu.

Tiada keterangan lanjut melainkan jika diarahkan selainnya oleh hakim 20.

Permohonan itu hendaklah didengar dan diputuskan oleh hakim atas keterangan yang telah dikemukakan kepada Pegawai Penetapan, dan tiada keterangan lanjut boleh diterima apabila permohonan itu didengar melainkan jika diarahkan selainnya oleh hakim.

Elaun kepada saksi 21.

Elaun kepada saksi dalam prosiding kebankrapan hendaklah mengikut elaun yang pada masa ini biasanya dibenarkan dalam prosiding lain di Mahkamah Tinggi.

_______________________________________________________

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

BIL KOS BAGI PEGUAM CARA PENGHUTANG

No

Butiran

Kos yang dibenarkan

(RM)

1.

Arahan bagi petisyen penghutang, carian bagi petisyen terdahulu, menyediakan dan mengaku saksi petisyen, menghadiri penyerahan dan pendengaran petisyen, hadir di hadapan

Ketua

Pengarah

Insolvensi bersama-sama dengan deposit, setelah memberinya segala maklumat yang perlu selepas perintah kebankrapan dibuat dan apabila pemeriksaan awal penghutang dijalankan, menyediakan bil kos, mendapatkan janji temu untuk penetapan kos, dan salinan notis mengenai dan kehadiran untuk penetapan kos (tidak termasuk fi mahkamah dan perbelanjaan sewajar lain)

Nota: Jika sesuatu petisyen terdahulu telah terlepas perhatian tiada kos atau caj kemudian daripada tarikh carian boleh dibenarkan dan apa-apa jumlah wang yang dibayar atas sebab petisyen terdahulu telah terlepas perhatian hendaklah dibayar semula kepada pemiutang 120

10

atau kepada Ketua Pengarah Insolvensi, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dibuktikan bahawa carian yang semunasabahnya teliti tidak dapat mendedahkan petisyen terdahulu itu 2.

Arahan bagi dan penyediaan persetujuan kepada perintah kebankrapan atas petisyen pemiutang jika perintah kebankrapan dibuat dengan persetujuan dalam masa empat belas hari selepas penyampaian petisyen

Jika aset diperakui oleh Ketua Pengarah Insolvensi kemungkinan melebihi RM10,000.00 50

menurut budi bicara 3.

Menemui Ketua Pengarah Insolvensi apabila perintah kebankrapan dibuat, dan memberinya segala maklumat yang perlu 20 4.

Surat, pengutus, dsb.

Caj di bawah butiran 2, 3 dan 4 tidak boleh dibenarkan dalam hal yang termasuk di bawah butiran 1 8

Kos peguam cara penghutang apabila memfailkan pengisytiharan ketidakupayaan untuk membayar 5.

Arahan bagi menyediakan dan mengaku saksi pengisytiharan ketidakupayaan untuk membayar, termasuk afidavit identiti penghutang (jika dikehendaki)

20 6.

Menghadiri pemfailan

Caj di bawah butiran 5 dan 6 tidak boleh dibenarkan dalam hal yang termasuk di bawah butiran 1 atau jika penghutang kemudiannya memfailkan petisyen penghutang

Perbelanjaan bagi penyerahhakan tidak boleh dibenarkan jika suatu pengisytiharan ketidakupayaan mencukupi bagi maksud itu 8

BIL KOS PEGUAM CARA PEMIUTANG PEMPETISYEN

Jika perbuatan kebankrapan ialah ketidakpatuhan dengan suatu notis kebankrapan 7.

Arahan bagi dan menyediakan notis dan menyediakan permintaan supaya dikeluarkan 20 8.

Menghadiri pemfailan 8 9.

Notis dan dua salinan bersih 8 10.

Menghadiri pemeteraian notis dan salinan 8 11.

Penyampaian notis 8

11

12.

Afidavit bagi penyampaian notis (jika perlu) dan menghadiri angkat sumpah

Jika penghutang mengemukakan tuntutan balas atau selainnya mempertikaikan kesahan notis itu, segala caj yang perlu sebagai tambahan kepada yang disebut di atas hendaklah dibenarkan bagi penatapan afidavit, afidavit jawapan atau mendapatkan keterangan lisan, dan suatu fi pendengaran menurut budi bicara boleh ditambah 8

Prosiding bagi petisyen 13.

Arahan bagi petisyen 30 14.

Memeriksa butir-butir akaun pemiutang pempetisyen

Jika perbuatan kebankrapan ialah keingkaran yang dibuat terhadap notis kebankrapan yang telah dikeluarkan oleh peguam cara kepada pempetisyen, caj yang terkemudian tersebut ini tidak boleh dibenarkan

Jika perbuatan kebankrapan berbangkit di bawah perenggan 3(1)(a), (b), (c), (d) atau (g) Akta Insolvensi 1967 [Akta 360], kehadiran khas (jika perlu) untuk memeriksa saksi tentang fakta yang boleh buktikan oleh mereka hendaklah dibenarkan, caj yang baginya dan bagi memanggil saksi, atau bagi afidavit, hendaklah menurut budi bicara dan bolehlah termasuk suatu fi pendengaran kepada peguam bela yang hadir untuk menyokong petisyen itu 8 15.

Carian bagi petisyen terdahulu

Nota: Jika sesuatu petisyen terdahulu telah terlepas perhatian tiada kos atau caj kemudian daripada tarikh carian boleh dibenarkan dan apa-apa jumlah wang yang dibayar atas sebab petisyen terdahulu telah terlepas perhatian hendaklah dibayar semula kepada pemiutang atau kepada Ketua Pengarah Insolvensi, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dibuktikan bahawa carian yang semunasabahnya teliti tidak dapat mendedahkan petisyen terdahulu itu 8 16.

Menyediakan petisyen kebankrapan 14 17.

Menulis - Jika petisyen melebihi 7 folio, bagi setiap folio 1 18.

Mengaku saksi tandatangan setiap pemiutang pempetisyen, kecuali jika pempetisyen adalah dalam perkongsian

8

12

19.

Jika pemiutang pempetisyen ialah suatu syarikat atau perbadanan dengan meterai 20 20.

Menyediakan afidavit dan salinan bersih afidavit yang mengesahkan petisyen 6 21.

Menemui pempetisyen untuk diangkat sumpah 8 22.

Dua salinan petisyen untuk dimeterai, bagi setiap folio 1 23.

Menyediakan sepina dan menyampaikannya kepada saksi, atau berurusan dengan saksi bagi kehadiran mereka semasa penyerahan petisyen apabila perlu 20 24.

Pembayaran saksi (lihat kaedah 21)

Pemiutang pempetisyen tidak boleh dianggap sebagai saksi; dia tidak boleh dibayar bagi kehilangan masa tetapi hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan perjalanannya

25.

Menemui Ketua Pengarah Insolvensi bersama-sama dengan deposit 3 26.

Menghadiri penyerahan petisyen dan penyiasatan pernyataan dalam petisyen oleh mahkamah 14 27.

Menyediakan perintah bagi pendengaran petisyen 6 28.

Penyampaian petisyen (lihat butiran 102)

29.

Afidavit mengenai perbuatan kebankrapan, termasuk menyediakan dan menghadiri angkat sumpah 4 30.

Afidavit hutang pempetisyen, termasuk menyediakan dan menghadiri angkat sumpah 4 31.

Jika penghutang bersetuju dengan suatu perintah kebankrapan serta-merta, dan tidak mengguna khidmat peguam caranya sendiri - menyediakan dan mengaku saksi persetujuan, termasuk afidavit identiti (jika dikehendaki)

36 32.

Menghadiri mahkamah apabila petisyen didengar

Kehadiran lebih daripada sekali pada penyerahan atau pendengaran sesuatu petisyen kebankrapan tidak boleh dibenarkan melainkan jika diperintahkan dan diperakui oleh mahkamah pada masa itu 30 33.

Menyediakan perintah kebankrapan dan salinan dan menghadiri pelulusan 14 34.

Menemui Ketua Pengarah Insolvensi selepas perintah kebankrapan dibuat, dan memberi Ketua Pengarah

Insolvensi segala maklumat perlu 20

13

35.

Menghadiri mahkamah jika penangguhan diperintahkan 20 36.

Arahan bagi pelantikan penerima interim 20 37.

Menyediakan permohonan dan salinan permohonan 4 38.

Arahan bagi afidavit sokongan yang perlu, setiap satu 8 39.

Menyediakan afidavit sokongan, bagi setiap folio 2 40.

Salinan bersih, bagi setiap folio 1 41.

Menemui deponen, setiap seorang 8 42.

Menghadiri pemfailan afidavit 8 43.

Menghadiri mahkamah apabila permohonan didengar 30 44.

Menyediakan perintah dalam dua salinan dan menghadiri untuk kelulusan 8 45.

Menemui Ketua Pengarah Insolvensi bersama-sama dengan perintah, membayar deposit, dan memberikan segala maklumat perlu 20 46.

Surat, pengutus, dsb.

budi bicara

Kos bagi penyampaian ganti jika penghutang menjauhkan diri untuk mengelakkan penyampaian 47.

Menyediakan dan membuat permohonan kepada mahkamah bagi penyampaian ganti, termasuk kehadiran dahulu untuk penyampaian yang tidak berkesan kerana penghutang telah menjauhkan diri dan tidak dapat disampaikan kepadanya secara ke diri (termasuk caj)

20 48.

Menyediakan afidavit tentang fakta, menunjukkan ikhtiar yang sewajarnya telah diambil untuk melaksanakan penyampaian ke diri, bagi setiap folio 2 49.

Salinan bersih afidavit, bagi setiap folio 1 50.

Hadir untuk mengangkat sumpah dan memfailkan afidavit dan untuk memperoleh perintah untuk penyampaian ganti dan menyediakan perintah 20

Jika penghutang mempertikaikan pernyataan dalam petisyen 51.

Menemui pempetisyen jika penghutang telah melalui notis atau afidavit mempertikaikan pernyataan dalam petisyen

(Kehadiran khas untuk memeriksa saksi dan bagi memanggil saksi, dan fi “penyediaan”, jika perlu)

8

menurut budi bicara 52.

Menghadiri mahkamah apabila perintah kebankrapan dibuat

10

14

Jika penghutang dikehendaki oleh mahkamah bagi mengikat suatu bon 53.

Hadir untuk menjalankan siasatan tentang kecukupan penjamin 20 54.

Menyediakan kecualian kepada penjamin 6 55.

Menyampaikan kecualian kepada peguam cara penghutang 6 56.

Menghadiri mahkamah apabila penjamin dibenarkan atau tidak dibenarkan

Kos afidavit menentang terhadap kebenaran bon disebabkan ketidakcukupan penjamin hendaklah sama sebagaimana afidavit khas lain 20

KOS KHAS

57.

Arahan bagi pelantikan seseorang pengurus khas 20 58.

Menyediakan permohonan dan salinan permohonan 8 59.

Arahan bagi afidavit sokongan, tidak melebihi tiga bilangannya, melainkan jika

Pegawai

Penetapan menimbangkan bahawa afidavit lanjut adalah perlu, setiap satu 8 60.

Menyediakan afidavit sokongan, bagi setiap folio 2 61.

Salinan bersih, bagi setiap folio 1 62.

Menemui deponen, setiap seorang 8 63.

Menemui Ketua Pengarah Insolvensi untuk menyerah simpan kertas, dan untuk mendapatkan janji temu untuk mendengar permohonan 8 64.

Menemui

Ketua

Pengarah

Insolvensi apabila permohonan didengar

Caj sewajarnya bagi kehadiran selanjutnya ke atas pemiutang dan kerja lain yang perlu dilakukan oleh seseorang peguam cara berkaitan dengan pelantikan seseorang pengurus khas hendaklah dibenarkan, tetapi tiada kos boleh dibenarkan ke atas sesuatu permohonan yang tidak berjaya melainkan jika Ketua Pengarah

Insolvensi memperakui bahawa kos permohonan itu patut dibenarkan 20 65.

Kehadiran di pemeriksaan awam jika difikirkan oleh mahkamah kehadiran itu perlu

Kos yang berikut selepas perintah kebankrapan bolehlah dibenarkan atas suatu perakuan bertulis Ketua Pengarah

Insolvensi bahawa kehadiran itu adalah perlu bagi 30

15

kepentingan estet itu dan tidak boleh lebih melainkan jika dibenarkan olehnya secara khas 66.

Menemui

Ketua

Pengarah

Insolvensi setelah pemeriksaan awal bankrap jika Ketua

Pengarah

Insolvensi memperakui bahawa kehadiran itu adalah perlu bagi kepentingan pemiutang 50 67.

Kehadiran di mesyuarat pertama pemiutang jika Ketua

Pengarah Insolvensi memperakui bahawa kehadiran itu adalah perlu bagi kepentingan pemiutang

Peguam cara pemiutang pempetisyen boleh dibenarkan segala caj sewajarnya pada kadar yang dinyatakan dalam skala bagi segala kerja yang diperakui oleh Ketua

Pengarah Insolvensi sebagai telah dilakukan dengan semestinya atau dengan berfaedahnya bagi kepentingan pemiutang secara amnya bagi perlindungan atau faedah estet antara penyerahan petisyen dengan tarikh perintah kebankrapan 20 68.

Dalam hal luar biasa, Pegawai Penetapan boleh, atas suatu perakuan oleh Ketua Pengarah Insolvensi, membenarkan caj bagi apa-apa perkhidmatan sebelum penyerahan petisyen

69.

Jika Ketua Pengarah Insolvensi mengguna khidmat peguam cara pemiutang pempetisyen atau peguam cara penghutang atau peguam cara lain untuk mengambil apa-apa langkah bagi perlindungan atau faedah bagi estet itu atau dalam perkara lain yang tidak termasuk dalam skala yang disebut di atas, kos itu hendaklah, dalam ketiadaan apa-apa perkiraan khas dengan Ketua

Pengarah Insolvensi, tertakluk kepada penetapan di bawah “Pelbagai dan Am” butiran 96 dan yang berikut

PENETAPAN KOS PEMPETISYEN

70.

Menyediakan bil kos dan salinan, dan notis dan kehadiran pada penetapan—

Atas petisyen penghutang

Atas petisyen pemiutang (apabila kos tidak lebih daripada RM100.00)

Dengan suatu elaun tambahan jika kos lebih daripada

RM100.00 atau 5% ke atas amaun bil tetapi tidak melebihi RM50.00

Tiada caj, kecuali caj yang termasuk di bawah butiran 1 hingga 69 boleh dibenarkan dalam hal petisyen

20

20

16

penghutang atau petisyen pemiutang yang tidak ditentang melainkan jika dalam hal petisyen pemiutang yang tidak ditentang itu

Pegawai

Penetapan menimbangkan bahawa bagi sebab khas butiran tambahan boleh dibenarkan

Jika petisyen itu ditentang, kos boleh dibenarkan sebagai tambahan bagi perkara perlu yang tidak diperuntukkan di bawah butiran 1 hingga 69; elaun itu hendaklah dibuat menurut skala itu dengan seberapa hampir yang boleh, atau dengan skala kos di Mahkamah Tinggi, menurut jenis prosiding

KOS PEGUAM CARA PENGHUTANG

Jika mahkamah membenarkan kos kepada penghutang apabila notis kebankrapan diketepikan 71.

Arahan untuk memohon untuk mengetepikan notis kebankrapan 8 72.

Menatap dan menimbangkan notis kebankrapan 8 73.

Arahan bagi afidavit tuntutan balas 8 74.

Menyediakan afidavit tuntutan balas, bagi setiap folio 2 75.

Salinan bersih, bagi setiap folio 1 76.

Hadir untuk memfailkan, dan menyediakan permohonan bagi janji temu untuk mendengar dan notis 8 77.

Kos bagi afidavit lanjut, atau bagi mendapatkan keterangan lisan, dan bagi caj bersampingan lain yang dilakukan dengan sewajarnya, termasuk, jika perlu, suatu fi penyediaan budi bicara

Menghadiri mahkamah atas permohonan 78.

Jika permohonan didengar 30 79.

Jika permohonan ditangguhkan 14 80.

Menyediakan perintah dan salinan, menghadiri untuk kelulusan 8 81.

Surat, pengutus, dsb.

budi bicara 82.

Perbelanjaan peribadi penghutang bagi perjalanan dan kehilangan masa hendaklah dibenarkan mengikut skala bagi saksi

Jika mahkamah membenarkan kos kepada penghutang atas penolakan petisyen 83.

Menemui penghutang yang telah disampaikan dengan salinan petisyen dan menerima arahan untuk tunjuk sebab 8 84.

Menyediakan notis untuk tunjuk sebab 8

17

85.

Dua salinan bersih bagi penyampaian 3 86.

Hadir memfail 8 87.

Penyampaian ke atas pemiutang 3 88.

Penyampaian ke atas peguam cara pemiutang 3 89.

Menatap petisyen dan menimbangkan petisyen 8 90.

Kehadiran khas untuk memeriksa saksi dan bagi memanggil saksi dan fi penyediaan jika perlu budi bicara

Menghadiri mahkamah atas petisyen 91.

Jika petisyen didengar 30 92.

Jika petisyen ditangguhkan 14 93.

Menyediakan perintah dan salinan dan menghadiri untuk kelulusan 8 94.

Surat, pengutus, dsb.

budi bicara 95.

Elaun peribadi penghutang bagi perjalanan dan kehilangan masa (mengikut skala bagi saksi)

KOS PELBAGAI DAN AM

Kos bagi hari perbicaraan ditangguhkan jika tiada amaun tetap disebut dalam perintah 96.

Hadir di mahkamah 20 97.

Menyediakan perintah dan kelulusan 8 98.

Notis kepada saksi, setiap seorang 3 99.

Pembayaran kepada saksi (mengikut kaedah 21)

Waran

100. Waran, waran penyitaan atau waran geledah 10

101. Dan jika lebih daripada empat folio, bagi setiap satu folio yang lebih daripada empat 3

Penyampaian

102. Penyampaian petisyen, perintah, notis atau proses lain setiap penyampaian 6

103. Jika jaraknya lebih daripada dua kilometer, bagi setiap satu kilometer tambahan 1

104. Penyampaian melalui pos termasuk bayaran pos 3

105. Penyampaian khas di bawah suatu perintah budi bicara

Arahan

106. Bagi pernyataan fakta, atau hal khas bagi pendapat mahkamah, hakim atau Pendaftar 20

18

107. Bagi permohonan untuk mendapat arahan 8

108. Bagi permohonan bagi penyampaian ganti 8

109. Bagi apa-apa prosiding atau permohonan yang tidak selainnya diperuntukkan 8

110. Bagi afidavit khas 8

111. Bagi cadangan bagi skim perkiraan atau komposisi 8

112. Bagi kes bagi pendapat peguam 8

Menyediakan dokumen

113. Tauliah atau perintah bagi pemeriksaan saksi di luar

Malaysia, bagi setiap folio 2

114. Perintah lain jika perlu, bagi setiap folio 2

115. Cadangan bagi skim perkiraan atau komposisi, bagi setiap folio 2

116. Permohonan bagi suatu janji temu di hadapan hakim atau Pendaftar, dan salinan 8

117. Penerangan dan kes bagi pendapat peguam, bagi setiap folio 2

Penatapan

118. Saman dalam kamar oleh peguam cara bagi pihak yang padanya saman dalam kamar itu telah disampaikan 8

119. Atau, jika melebihi 20 folio, bagi setiap folio 1

120. Afidavit, deposisi dan ekshibit oleh peguam cara bagi pihak yang terhadapnya sedemikian itu boleh dibaca, bagi setiap folio 1

121. Dokumen lain jika perlu, bagi setiap folio 1

Kehadiran

122. Atas permohonan bagi mendapat arahan 20

123. Di mahkamah atas permohonan bagi waran, waran penyitaan atau waran geledah 20

124. Mengarahkan pegawai tentang pelaksanaan waran, waran penyitaan atau waran geledah 8

125. Untuk memfailkan afidavit 8

126. Kehadiran am, setiap satu 8

127. Kehadiran yang lama masanya dan khas (atau lebih, menurut budi bicara Pegawai Penetapan)

20

128. Di mesyuarat pemiutang (selain mesyuarat pertama)

atau di mesyuarat jawatankuasa perundingan apabila dibenarkan dan perlu, bagi setiap jam 40

19

Surat, dsb.

129. Menulis surat, setiap satu, biasa 4

130. Menulis surat, setiap satu, khas (atau lebih mengikut budi bicara Pegawai Penetapan)

8

131. Surat pekeliling, surat asal, jika biasa 4

132. Surat pekeliling, surat asal, jika khas 8

133. Bagi setiap salinannya, termasuk mengalamatkan dan mengeposkan atau menyerahkan, tidak melebihi 10 2

134. Jika lebih daripada 10 bilangannya, surat hendaklah dicetak atau disalin dengan mesin – bagi setiap salinan yang dialamatkan dan dihantar, sebagai tambahan kepada caj pencetak 1

FI BAGI BROKER DAN PELELONG

Segala caj yang berikut hendaklah tertakluk kepada pengurangan melalui persetujuan dengan Ketua Pengarah Insolvensi atau untuk dinaikkan dengan sanksi jawatankuasa perundingan, jika ada.

Elaun broker

Bagi inventori dan penilaian harta catel:

Ke atas RM3,000.00 yang pertama 1%

RM3,001.00 hingga RM6,000.00 0.5%

RM6,001.00 dan ke atas 0.25%

Sebagai tambahan, broker hendaklah berhak kepada perbelanjaan pengangkutan munasabah yang sebenarnya telah dibayar.

Caj pelelong

Bagi jualan secara kontrak persendirian berdasarkan penilaian, separuh daripada caj yang diberikan di atas bagi inventori dan penilaian.

Bagi jualan secara lelongan, termasuk segala perbelanjaan kecuali kos pengiklanan surat khabar, pencetakan pekeliling, pengangkutan dan apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Pendaftar—

Bagi harta catel —

Ke atas RM3,000.00 yang pertama 4%

RM3,001.00 hingga RM6,000.00 3%

RM6,001.00 dan ke atas 2%

Bagi estet, pegangan bebas, pegangan pajak, dsb., termasuk penilaian terdahulu bagi menentukan amaun bidaan rizab —

Ke atas RM3,000.00 yang pertama 1%

RM3,001.00 hingga RM10,000.00 0.5%

20

RM10,001.00 dan ke atas 0.25%

Kos bagi kerja mengukur, keusangan dan penentuan hendaklah menurut budi bicara.

_____________________________________________

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

[AKTA 360]

(Dibuat di bawah seksyen 123)

(Disemak—2017)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)

Akta Penyemakan Undang-undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Common questions

What is KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969?
KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 350 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 still in force?
Yes — KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 is currently in force.
When did KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 take effect?
KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 was first recorded in 2017.
How many sections does KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 have?
KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 contains 12 sections.
Where can I read the official version of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969?
The official text of KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 is published at lom.agc.gov.my.
KAEDAH-KAEDAH INSOLVENSI (KOS) 1969 (2017, No. 350)