Malaysia legislation
Section 12
of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (KEANGGOTAAN DAN MAJLIS) (PINDAAN) 2023
Seksyen 12
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 25 dengan kaedah yang berikut:
P.U. (A) 140 6
“Pengundian melalui medium elektronik 25.
(1)
Pemilihan anggota Majlis mengikut subkaedah 22(2) atau pemecatan anggota Majlis menurut kaedah 32 hendaklah ditentukan dengan cara pengundian melalui medium elektronik.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, Pendaftar hendaklah, tidak kurang dari dua puluh satu hari genap sebelum mesyuarat agung tahunan, menyebabkan undi elektronik disediakan kepada setiap anggota yang layak mengundi.
(3)
Tatacara yang berhubungan dengan pengundian yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dan boleh termasuk—
(a)
tarikh tutup pengundian;
(b)
bentuk undi elektronik;
(c)
pembuangan undi melalui undi elektronik secara dalam talian; dan
(d)
pengendalian dan penyimpanan undi elektronik yang telah lengkap.
(4)
Mana-mana undi elektronik yang tidak mematuhi tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis di bawah subkaedah (3) hendaklah tidak sah dan terbatal.”.
Pemotongan kaedah 26