Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Perkembalian ke skim perkhidmatan terdahulu
(1)
Tertakluk kepada subkaedah (2), Pihak Berkuasa Melantik boleh membenarkan seseorang pegawai atau pekhidmat yang telah disahkan dalam skim perkhidmatannya yang terdahulu sebelum dilantik ke skim perkhidmatan yang lain untuk kembali kepada skim perkhidmatan dan gred yang terdahulunya jika—
(a)
pegawai atau pekhidmat itu gagal untuk disahkan dalam skim perkhidmatan yang lain itu, dengan syarat kegagalan itu bukan disebabkan oleh kelakuannya yang tidak memuaskan; atau
(b)
pegawai atau pekhidmat itu memohon untuk kembali ke skim perkhidmatannya yang terdahulu, dengan syarat pegawai atau pekhidmat itu telah menjalani tempoh percubaan minimum yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang lain itu.
13
(2)
Pihak Berkuasa Melantik boleh membenarkan pegawai atau pekhidmat itu untuk kembali ke skim perkhidmatan dan grednya yang terdahulu sebelum disahkan dalam skim perkhidmatan yang lain jika—
(a)
terdapat kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatannya yang terdahulu; dan
(b)
jawatan dalam skim perkhidmatannya yang terdahulu berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik yang sama.
(3)
Bagi maksud subkaedah (1), pegawai atau pekhidmat itu hendaklah, pada tarikh pegawai atau pekhidmat itu kembali ke skim perkhidmatannya yang terdahulu, diberikan mata gaji atau amaun gaji yang sepatutnya diterima oleh pegawai atau pekhidmat itu jika pegawai atau pekhidmat itu tidak dilantik ke jawatan sekarang, tertakluk kepada gaji maksimum jawatannya yang terdahulu.
(4)
Tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai atau pekhidmat itu hendaklah berdasarkan tarikh pergerakan gaji tahunan dalam skim perkhidmatan terdahulu.
Peminjaman pegawai atau pekhidmat