Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(1)
Tarikh pelantikan seseorang pegawai atau pekhidmat ke perkhidmatan
Institut ialah tarikh pegawai atau pekhidmat itu melaporkan diri untuk bertugas melainkan jika ditentukan selainnya oleh Pihak Berkuasa Melantik.
(2)
Pihak Berkuasa Melantik tidak boleh menerima mana-mana pegawai atau pekhidmat yang melaporkan diri untuk bertugas jika pegawai atau pekhidmat itu belum memenuhi syarat bagi pelantikan di bawah subkaedah 18(1).
19
(3)
Bagi maksud subkaedah (2), pegawai atau pekhidmat itu tertakluk kepada tempoh maksimum bagi melaporkan diri untuk bertugas sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik dalam surat tawaran pelantikan pegawai atau pekhidmat itu.
Tarikh pelantikan tetap bagi pegawai atau pekhidmat sementara