Malaysia legislation

Section 23

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024

Seksyen 23

Penentuan gaji permulaan

(1)

Pihak Berkuasa Melantik hendaklah menentukan gaji permulaan seseorang pegawai atau pekhidmat sebagaimana yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), jika seseorang pegawai atau pekhidmat memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang akan disandang olehnya, pegawai atau pekhidmat itu boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

(3)

Penentuan gaji permulaan yang lebih tinggi di bawah subkaedah (2)

hendaklah berdasarkan satu pergerakan gaji biasa bagi setiap genap satu tahun pengalaman kerja yang berkaitan itu dan terhad kepada gaji maksimum gred jawatan itu.

(4)

Walau apa pun subkaedah (3), Pihak Berkuasa Melantik boleh mempertimbangkan bilangan tahun pengalaman kerja yang berkaitan dalam menentukan gaji permulaan yang lebih tinggi.

(5)

Bagi maksud subkaedah (3) dan (4), pengalaman kerja yang dianggap berkaitan bagi seseorang pegawai atau pekhidmat ialah pengalaman kerja yang diperoleh selepas pegawai atau pekhidmat itu memperoleh kelayakan profesional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.

20

(6)

Subkaedah (2), (3) dan (4) hendaklah juga terpakai—

(a)

bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai atau pekhidmat yang belum disahkan dalam perkhidmatan, yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan yang lain; dan

(b)

bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai atau pekhidmat yang dilantik semula mengikut kaedah 6, 7 dan 8.

(7)

Jika seseorang pegawai atau pekhidmat yang telah disahkan dalam perkhidmatan kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan lain, gaji permulaan pegawai atau pekhidmat itu hendaklah berada pada mata gaji yang lebih tinggi dan terdekat yang perbezaannya hendaklah tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baharu.

(8)

Jika seseorang pegawai atau pekhidmat yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke jawatan lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatannya yang terdahulu, pergerakan gaji dalam jawatannya yang terdahulu, jika ada, hendaklah diberikan terlebih dahulu, terhad kepada amaun gaji maksimum gred itu, sebelum penentuan gaji permulaan pelantikan itu.

(9)

Gaji permulaan seseorang pegawai atau pekhidmat yang dilantik untuk kali pertama melalui lantikan terus hendaklah berdasarkan mata gaji minimum jawatan itu.

(10)

Gaji permulaan seseorang pegawai atau pekhidmat yang belum disahkan dalam perkhidmatan yang pegawai atau pekhidmat itu dilantik melalui lantikan terus hendaklah berdasarkan mata gaji minimum jawatan itu.

(11)

Gaji permulaan bagi seseorang pegawai atau pekhidmat yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan kemudiannya dilantik melalui lantikan terus hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (7).

21

Gaji permulaan bagi kes khas

Section 23 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024