Malaysia legislation
Section 3B
of KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (LESEN MEMANDU) (PINDAAN) 2012
Seksyen 3B
(2)
Penyelarasan bagi tarikh habis tempoh lesen yang
P.U. (A) 206 4
disebut dalam subkaedah (1) hendaklah terpakai bagi―
(a)
pemegang lesen memandu percubaan yang memohon bagi lesen; dan
(b)
pemegang lesen yang memohon bagi pembaharuan lesen apabila habis tempoh lesen itu.
(3)
Jika seseorang pemegang lesen memandu percubaan atau pemegang lesen yang disebut dalam subkaedah (2) yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 Februari, tarikh habis tempoh lesennya ialah sama ada―
(a)
28
Februari, jika permohonan yang berikutnya bagi pembaharuan lesen itu dibuat dalam tahun yang bukan merupakan tahun lompat; atau
(b)
29
Februari, jika permohonan yang berikutnya bagi pembaharuan lesen itu dibuat dalam tahun yang merupakan tahun lompat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Fee yang kena dibayar bagi maksud penyelarasan tarikh habis tempoh lesen hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1B dan 1C Jadual Kedua.”.
Pindaan kaedah 4