Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Kekerapan pemeriksaan berkala yang disebut dalam subkaedah 3(1) hendaklah seperti yang berikut:
(a)
bagi kenderaan baharu, sekali dalam tiap-tiap dua belas bulan bagi dua tahun yang pertama dan selepas itu sekali dalam tiap-tiap enam bulan, kecuali bagi—
(i)
treler kontena;
(ii)
subkategori kenderaan jentera bergerak dengan jenis struktur
“Kekerapan pemeriksaan berkala
P.U. (A) 191 3
badan pelantar aerial bergerak dan kren bergerak; dan
(iii)
subkategori kenderaan kereta sewa, teksi, teksi mewah dan kenderaan e-hailing;
(b)
bagi treler kontena baharu, sekali dalam tiap-tiap dua belas bulan bagi sepuluh tahun yang pertama;
(c)
bagi subkategori kenderaan jentera bergerak dengan jenis struktur badan pelantar aerial bergerak dan kren bergerak baharu, sekali dalam tiap-tiap dua belas bulan bagi lima tahun yang pertama dan selepas itu sekali dalam tiap-tiap enam bulan;
(d)
bagi subkategori kenderaan kereta sewa, teksi, teksi mewah dan kenderaan e-hailing yang telah mencapai usia tiga tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan itu di bawah seksyen 7 Akta, sekali dalam tiap-tiap dua belas bulan; dan
(e)
bagi kenderaan lain, sekali dalam tiap-tiap enam bulan.”.
Peralihan