Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (AKAUN SIMPANAN SHARIAH) 2016
Seksyen 4
Pemilihan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut:
(a)
ahli Kumpulan Wang bersetuju untuk melantik Lembaga sebagai ejen dan pemegang amanah untuk menguruskan dan melaburkan kesemua amaun yang ada pada kredit akaunnya mengikut Shariah;
(b)
ahli Kumpulan Wang itu menandatangani akad iaitu dokumen yang menyatakan persetujuannya bagi akaunnya diuruskan oleh Lembaga berdasarkan konsep wakalah; dan
(c)
kesemua amaun yang ada pada kredit akaun ahli Kumpulan Wang itu hendaklah mula diuruskan mengikut Shariah pada tarikh kuat kuasa pemilihan.
Tatacara pemilihan