Malaysia legislation
Section 8
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (AKAUN SIMPANAN SHARIAH) 2016
Seksyen 8
(1)
Sekiranya berlaku pembayaran caruman lewat oleh seseorang majikan dalam mana-mana tahun kewangan berkenaan dengan akaun Simpanan Shariah, dividen yang kena dikreditkan ke atas caruman itu hendaklah berdasarkan pada—
(a)
dividen yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah perenggan 27(1)(b)
Akta bagi tahun kewangan caruman itu tertunggak; atau 5
(b)
jika tiada dividen diisytiharkan oleh
Lembaga di bawah perenggan 27(1)(b) Akta bagi tahun kewangan caruman itu tertunggak, apa-apa dividen yang diisytiharkan oleh Lembaga bagi tahun kewangan caruman itu tertunggak.
(2)
Dalam apa-apa keadaan yang membawa kepada penyelarasan, pelarasan atau pengembalian caruman berkenaan dengan akaun Simpanan Shariah, dividen yang kena dikreditkan ke atas caruman itu hendaklah berdasarkan pada—
(a)
dividen yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah perenggan 27(1)(b)
Akta bagi setiap tahun sepanjang tempoh penyelarasan atau pelarasan caruman itu kena dibuat sehingga penyelarasan atau pelarasan caruman itu dibuat atau bagi setiap tahun sepanjang tempoh pengembalian caruman itu kena dibayar sehingga pengembalian caruman itu dibayar; atau
(b)
jika tiada dividen yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah perenggan 27(1)(b) Akta bagi mana-mana tahun sepanjang tempoh penyelarasan atau pelarasan caruman itu dibuat atau pengembalian caruman itu dibayar, apa-apa dividen yang diisytiharkan oleh Lembaga bagi setiap tahun sepanjang tempoh penyelarasan atau pelarasan caruman itu kena dibuat sehingga penyelarasan atau pelarasan caruman itu dibuat atau bagi setiap tahun sepanjang tempoh pengembalian caruman itu kena dibayar sehingga pengembalian caruman itu dibayar.
Penyatuan akaun