Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016

Seksyen 5

(1)

Lembaga boleh membenarkan permohonan ahli Kumpulan Wang yang telah membuat pelaburan dengan institusi pengurusan dana untuk membuat pelaburan seterusnya pada lat tempoh sembilan puluh hari dari tarikh pemindahan pelaburan terdahulu yang dibuat dengan syarat amaun yang boleh dipindahkan tidak boleh melebihi tiga puluh peratus daripada baki yang melebihi simpanan asas sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dengan amaun pelaburan minimum sebanyak satu ribu ringgit.

(2)

Apa-apa pemindahan amaun oleh Lembaga bagi pelaburan seterusnya di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat ke dalam mana-mana akaun pelaburan.

Lembaga tidak bertanggungjawab atas kerugian pelaburan

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016