Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pelaburan dalam Institusi
Pengurusan Dana) 2016 [P.U. (A) 380/2016] yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam
Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 4 dengan menggantikan subkaedah (2) dengan subkaedah yang berikut:
“(2)
Ahli Kumpulan Wang dibenarkan untuk membuat pelaburan di bawah
Bahagian IIIA Akta pada bila-bila masa tertakluk kepada—
(a)
penentuan amaun yang layak bagi pemindahan pelaburan ditetapkan bagi setiap tempoh tiga bulan dari tarikh pemindahan pelaburan pertama diluluskan dan amaun yang boleh dipindahkan dalam tempoh tersebut tidak boleh melebihi tiga puluh peratus daripada amaun yang melebihi simpanan asas sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual; dan
(b)
amaun pelaburan minimum oleh ahli Kumpulan Wang itu ialah satu ribu ringgit.”.
3
Pemotongan kaedah 5