Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2023

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991]

dipinda dalam kaedah 41—

(a)

dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:

“(1)

Jika notis pengeluaran dibuat bagi pengeluaran di bawah perenggan 54(6)(a) atau seksyen 55A Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan Wang telah mencapai umur 50 tahun atau 55 tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, tarikh lahir yang ada pada rekod ahli Kumpulan Wang itu hendaklah disifatkan mengikat ke atas ahli Kumpulan Wang itu tetapi Lembaga boleh, jika Lembaga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tarikh itu adalah dinyatakan secara tidak betul, mendapatkan apa-apa keterangan lanjut mengenai umur sehingga Lembaga berpuas hati.”; dan

P.U. (A) 110 3

(b)

dengan memasukkan selepas subkaedah (1) subkaedah yang berikut:

“(1A)

Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang itu yang telah mencapai umur 50 tahun, Lembaga boleh membenarkan ahli Kumpulan Wang itu untuk mengeluarkan apa-apa amaun yang ada pada kredit dalam

Akaun II ahli Kumpulan Wang itu tertakluk kepada amaun maksimum yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh notis pengeluaran kali pertama itu dibenarkan.

Sebagai tambahan kepada subkaedah (1), jika seseorang ahli Kumpulan Wang membuat pinjaman peribadi dengan mana-mana bank yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan ahli Kumpulan

Wang itu belum mencapai umur 55 tahun, ahli Kumpulan Wang itu boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu notis pengeluaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 54(6)(a) atau seksyen 55A Akta, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu amaun tidak kurang daripada tiga ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan Wang itu dan amaun itu hendaklah tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh notis pengeluaran itu diterima oleh Lembaga.

(1C)

Notis pengeluaran yang disebut dalam subkaedah (1B)

hendaklah dikemukakan oleh ahli

Kumpulan

Wang itu kepada Lembaga hanya sekali pada bila-bila masa antara 5 April 2023

hingga 4 April 2024.

(1D)

Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang itu di bawah subkaedah (1B),

Lembaga boleh membenarkan suatu pengeluaran dengan syarat pengeluaran itu hanya boleh dibayar apabila ahli Kumpulan Wang itu

P.U. (A) 110 4

telah mencapai umur 50 tahun bagi pengeluaran di bawah perenggan 54(6)(a) Akta atau sebaik sahaja ahli Kumpulan Wang itu mencapai umur 55 tahun bagi pengeluaran di bawah seksyen 55A Akta, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada suatu amaun yang tidak melebihi amaun yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh notis pengeluaran itu dibenarkan.

(1E)

Lembaga boleh membayar ke dalam akaun yang berkenaan milik ahli Kumpulan Wang itu di mana-mana bank yang memberikan pinjaman peribadi itu suatu amaun pengeluaran daripada amaun yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan Wang itu bersamaan dengan amaun yang dibenarkan di bawah subkaedah (1D)

termasuk apa-apa dividen yang dikreditkan ke atasnya jika—

(a)

ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur 50 tahun atau sebaik sahaja ahli Kumpulan Wang itu mencapai umur 55 tahun; atau

(b)

ahli

Kumpulan

Wang itu mengemukakan notis pengeluaran di bawah perenggan 54(1)(c), 54(1)(e)

atau seksyen 54C Akta.

(1F)

Walau apa pun peruntukan di bawah kaedah ini,

Lembaga hendaklah mengambil kira amaun pengeluaran yang dibenarkan di bawah subkaedah (1E) dan apa-apa amaun yang ada pada kredit dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu sebelum membenarkan suatu pengeluaran dibuat oleh ahli Kumpulan Wang itu menurut perenggan 54(1)(c), 54(1)(e) atau seksyen 54C Akta.

P.U. (A) 110 5

(1G)

Tertakluk kepada subkaedah (1H), jika ahli Kumpulan

Wang itu telah mengemukakan suatu notis pengeluaran di bawah subkaedah kepada

Lembaga, notis pengeluaran itu tidak boleh dibatalkan.

(1H)

Notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli

Kumpulan Wang itu di bawah subkaedah (1B) terbatal apabila

Lembaga menerima—

(a)

suatu notis pengeluaran di bawah perenggan 54(1)(a)

Akta; atau

(b)

suatu pengesahan secara bertulis bahawa amaun pinjaman peribadi yang dibuat oleh ahli Kumpulan

Wang itu telah diselesaikan sepenuhnya.”.

Dibuat 4 April 2023

[KWSP/9/1/GUB(U)43; PN(PU2)498/JLD. 19]

TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

P.U. (A) 110 6

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) RULES 2023

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2023