Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 2) 2022

Seksyen 3

Kecualian

(1)

Apa-apa notis pengeluaran yang dibuat di bawah perenggan 54(6)(k), (l),

(m)

atau

(n)

Akta pada atau sebelum 31

Mac 2021,

30

Jun 2021,

30 September 2021 atau 30 April 2022, masing-masing, yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, diuruskan mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah ibu seolah-olah Kaedah-Kaedah ibu tidak dipinda oleh Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Apa-apa kebenaran, arahan, keputusan atau tindakan pentadbiran lain yang dibuat, diberikan atau dilakukan berhubungan dengan subkaedah (10F), (10N),

(10O)

, (10P), (10Q), (10R), (10S), (10T), (10ZB), (10ZC), (10ZD), (10ZE), (10ZF), (10ZG),

(10ZH), (10ZI), (10ZJ), (10ZK), (10ZL), (10ZM) atau (10ZN) sebelum tarikh permulaan

P.U. (A) 152 3

kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Kaedah-Kaedah ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan ahli Kumpulan Wang yang baginya kebenaran, arahan, keputusan atau tindakan pentadbiran lain itu terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, dihapuskan, dibatalkan atau digantikan.

(3)

Apa-apa penyiasatan atau prosiding undang-undang yang dimulakan berhubung dengan subkaedah (10F), (10N), (10O), (10P), (10Q), (10R), (10S), (10T),

(10ZB), (10ZC), (10ZD), (10ZE), (10ZF), (10ZG), (10ZH), (10ZI), (10ZJ), (10ZK), (10ZL),

(10ZM) atau (10ZN) yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Kaedah-Kaedah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, diteruskan mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah ibu seolah-olah Kaedah-Kaedah ibu tidak dipinda oleh Kaedah-Kaedah ini.

Dibuat 13 April 2022

[MOF.SBM(R) 600-41/39/91; PN(PU2)498/Jld.19]

TAN SRI AHMAD BADRI BIN MOHD ZAHIR

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

P.U. (A) 152 4

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 2) RULES 2022

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 2) 2022