Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 2) 2023
Seksyen 3
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 5 dengan kaedah yang berikut:
“Pemilihan untuk caruman oleh orang yang bekerja sendiri, pekerja berpencen, orang yang bukan majikan atau bukan pekerja 5.
(1)
Mana-mana orang yang bekerja sendiri, pekerja berpencen, orang yang bukan majikan atau bukan pekerja yang memilih untuk membayar caruman di bawah subsekyen 43(8) Akta hendaklah memberikan suatu notis kepada Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan orang yang bekerja sendiri, pekerja berpencen, orang yang bukan majikan atau bukan pekerja itu hendaklah menjadi tertanggung untuk membayar caruman.
P.U. (A) 171 4
(2)
Notis yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dikemukakan dengan cara—
(a)
penyampaian kepada mana-mana pejabat Lembaga atau di mana-mana tempat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; atau
(b)
perantaraan elektronik atau penghantaran elektronik.
(3)
Jika mana-mana orang yang dirujuk dalam kaedah-kaedah 3, 4 dan 5
menjadi tertanggung di bawah Akta itu untuk membayar caruman kepada
Kumpulan Wang, dia hendaklah, melainkan dia telah terlebih dahulu berdaftar dengan
Lembaga, melengkapkan dan menghantar kepada
Lembaga Borang KWSP 3.”.
Pemotongan kaedah 6