Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) (NO. 4) 2025
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991] dipinda dalam kaedah 41 dengan memasukkan selepas subkaedah (10ZR) subkaedah yang berikut:
“Ahli Kumpulan
Wang beragama
Islam telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji.
(10ZS)
Jika suatu notis pengeluaran dibuat di bawah perenggan 54(6)(ga)
Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan Wang yang beragama Islam telah menerima surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji untuk menunaikan haji dan memerlukan pembiayaan bagi menampung kos menunaikan haji, ahli Kumpulan Wang yang beragama
Islam itu hendaklah mengemukakan notis pengeluaran itu kepada Lembaga bersama-sama apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(10ZT)
Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang yang beragama Islam itu di bawah subkaedah (10ZS),
Lembaga boleh membenarkan ahli Kumpulan Wang yang beragama Islam itu untuk mengeluarkan suatu amaun yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau amaun yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan Wang yang beragama Islam itu, mengikut mana-mana yang lebih rendah.
P.U. (A) 468 3
(10ZU)
Amaun pembiayaan yang disebut dalam subkaedah (10ZT) hendaklah dibayar ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang beragama Islam itu di Lembaga
Tabung Haji.”.
Dibuat 29 Disember 2025
[MOF.SBM(R)600-41/39/91 Jld.5; PN(PU2)498/JLD.20]
TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI
Pengerusi
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
P.U. (A) 468 4
EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991
EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) (NO. 4) RULES 2025